Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, May 1931, p.??

General Article.

Fikiran Dalam Mengukur.

Oleh Selapar bin Kenyang.

Zaman sudah bertukar, masa sudah berlalu, sekarang bukan waktu berfikir, tetapi masa bekerja, serta menyingsing lengan baju, sekarang bukan masa beromong kosong, tetapi masa berkata berterus terang. Kalau begitu adakah agaknya tahu kaumku Melayu yang sebangsa dan seugama serta setanahairnya denganku, apakah maksud bangsa asing terutama sekali bangsa Cina datang ke negeri kita serta meninggalkan ibu bapanya, sanak saudaranya di Tongsan sana?

Ah! Sebelum penulis dapat jawab daripada sanak saudaraku yang kukasihi, baiklah kuterangkan terlebih dahulu sekadar yang tampak oleh pandanganku yang kasar.

Terutama sekali maka datang dia ke negeri kita, ialah kerana dia masa di Tongsan menukir* dengan batang cangkul, dan bermain dengan segala ternaknya yang bermulut panjang, tetapi bila dia sudah sampai ke mari menulislah dia dengan penselnya yang berbulu, dan bajunya sama di Tongsan hitam dan kotor, sampai di sini telah bertukar dengan yang putih dan berdobi, kalau adapun yang hitam tetapi sutera, rambutnya selama di Tongsan kusut masai sahaja, sampai di sini telah menjadi wangi dan berbedak, cukupkah dengan kesenangan yang begitu sahaja?

Ah! Tidak! Melainkan dirungsingnya kita, disakiti, dihimpiti, hingga disampai kepada tempat yang terkebawah sekali. Lihat baktinya, umpamanya dia sampai ditimbuni makan gaji di kedai kain, bila bangsaku datang ke situ, dengan sekira dia tanya: apa mau kawan, jawab kita cuba tipuk ini, lalu kita tipuk misalan satu kain batik yang berharga 80 sen, bila kita tanya berapa ini? jawabnya, dua linggit tengah! Bila kita tawar 1 ringgit 20 sen, dia kata, lu tak tahulah! Kata bangsaku pula, tak apalah! 1 ringgit 30 sen, kasilah! Jawabnya pula: Lu bodoh lu tak tahu balang, bila kita hati sudah panas langsung jalan, dua tiga langkah kita sudah angkat kaki, langsung dia panggil balik: Hai kawan-ah, mali lululah! Lu kasi 1 linggit tengah tak apalah, kata kita pula: ah lu kasi itu macak, kasilah! Lu tak kasi tak apa.

Bukankah selain keuntungan yang diambilnya sudah lebih dari 30 percent, pun kita dikatakannya pula tak tahu barang dan bodoh. Apatah lagi mana yang bekerja di kedai beras selain daripada keuntungan yang tentu, curi dacing pun tak tertanggung pula.

Ah! Masih banyak lagi yang patut penulis terangkan. Tapi buat jadi peringatan kepada perangainya yang lain cukuplah sekadar itu sahaja. Hanyalah yang patut kita iktikadkan sekarang: bahwa bangsa asing itu ((kecuali bangsa pemerintah)) datang ke mari bukanlah hajatnya akan menolong dan memajukan kita, hanyalah akan memandang akan dipandangnya sebagai kuda tunggangannya.

Lihatlah pula satu bakti yang nyata: kalau umpamanya perempuan orang yang lepas iaitu janda. Maka berlakulah dia dengan kelakuan yang di luar garisan sopan santun. Ah! Kalau itu perempuan tak mau diperbuatnya dengan jalan begitu, maka masuk Melayulah dia, dan kahwinlah dia dengan perempuan yang dihajatnya tadi, sudah kahwin tak usah kan dia akan menghentikan nikah dan membuat suruh secara ugama yang dipakai Melayu, malahan sekali-kali teringat juga olehnya akan makan bersepit.

Tuan-Tuan Pembaca yang terhormat! Tulislah dalam buku notis Tuan-Tuan apa yang telah terjadi di Pulau Pinang baru-baru ini, supaya boleh jadi peringatan kita selama ada umur, dan akan jadi tarikh kepada anak cucu kita kelak.