Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 30 Jul 1932, p.5

General Article.

Perusahaan Kampung Orang Melayu.

Lihatlah angka-angka di atas ini, ditaksirkan dengan angka-angka rendah melainkan taksir itu dan ada sebabnya, tentulah sekali kesemua-semua buah-buahan itu tidak dijual. Tetapi tidak juga kesemuanya habis dimakan bagaimana sekalipun, adalah wangnya.

Maka banyak lagi buah-buahan yang masih ada di dalam kampung orang Melayu yang belum disebut di sini, semuanya itu wang belaka. Ada wang lagi daripada ayam itik seperti telurnya jika berusaha sedikit. Begitu juga kambing, kerbau, lembunya. Jika tambah berusaha lagi tiap-tiap orang Melayu sungguh pun bukan kesemua sekali, tetapi bolehlah dikatakan yang banyak itu ada bersawah dan ada padi masing-masing bagi permakanannya, jagung, ubi, sayur-sayuran, timun, limau, belum kira atau dihitung ikan di paya, di kolam. Masa sayup penyelam belum dijumlah.

Maka dengan angka-angka di atas ini, tidaklah boleh disangka orang Melayu boleh sempit kehidupannya; jauh sekali lapar kebuluran itu.

Tiap-tiap 8 daripada 10 orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini daripada hisab belanja yang baru ini orang-orang di kampung, sekadar 2 daripada 10 itulah sahaja yang berusaha, lain daripada bercucuk tanam kampungnya.

Ayuhai kaum Melayu seelok-elok nasib peluang terhambur dihadapan masing-masing. Bangunlah dan jadikanlah masing-masing itu semolek-molek makhluk seperti yang dikehendaki oleh yang memberi bagi tiap-tiap suatu perangai Orang Melayu laki isteri dan dua orang anak; berkehendaklah dari 5 hingga 16 ekar dengan tanaman campuran seperti di atas ini, serta di mana-mana jua boleh bersawah berbendang berhuma, tidak dapat tiada hendaklah berpadi.

Kesempitan sekarang ini sebesar-besar ubat dan sejuk-sejuk penawar terlebih kaum Melayu kepada zaman yang luas mewah makmur dan mulia seperti matahari sedang memancar, sekadar usahakanlah diri itu dan tentulah ilmu bagi tiap-tiap perusahaan itu serta dengan yakin tekun dan berfaedah di dalam tiap-tiap pergerakan itu.

Setelah mahirlah berjual berniaga di Pekan-Pekan Mingguan itu, dan setelah cergaslah menjawat kiriman-kiriman yang dihantar ke pekan kepada anak buah daripada ibu bapa yang di kampung itu beransurlah dengan iaitu sekadar perselisihan harga buah-buahan di antara di kampung dan di pasar.

Perselisihan Harga.

Nama Buah-buahan : Harga di Kampung : Harga di Pasar :

Kelapa : 2-1 sen sebiji : 3-2 sen sebiji :

Rambutan : 10-15 sen seratus : 20-10 sen seratus :

Durian : 6-3 sen sebiji : 10-5 sen sebiji :

Pisang : 90 sen -- $1.60 sepikul : 90 sen -- $2 sepikul :

Manggis : 15-10 sen seratus : 30-20 sen seratus :

Nangka : 40-20 sebiji : 50-30 sebiji :

Langsat : 9-8 sen segantang : 20-15 sen segantang :

Macang : 1 sen sebiji : 2-1 sen sebiji :

Rambai : 3-2 sen segantang : 3-5 sen segantang :

Mempelam : 1 -- 2 sen setengah : 10-5 sen setengah :

Fikirlah masing-masing dan pilihlah masing-masing serta setelah berusahalah masing-masing, tambahlah pengetahuan saudara atau jirannya dengan mengesyorkan pendapatan masing-masing dengan sebenarnya supaya tampak seorang dengan lain hingga hasil maksud yang dituju itu.

Pesanan akhir jika boleh sambil-sambil memungut daripada tumbuh-tumbuhan yang tidak berguna supaya baja di dalam tanah itu, puaslah jadi permakanan pokok-pokok yang berguna itu dan baiklah serta besarlah buah-buahnya pula. Begitu juga rintis-rintislah dahan-dahan yang tidak berguna itu, supaya cukuplah pokok-pokok yang dibawahnya dapat cahaya matahari dan embun.

Dan yang demikian menambah manis buah-buahan dan subur pohonnya atau buahnya, patutlah ditebang dan digantikan dengan pokok baru, ataupun jika sayang hendak menebang sama sekali, disulam-sulamlah atau ditanam dengan pokok yang baru sehingga besar dia barulah ditebang serta dibuang yang tua atau buruk itu. Berfaedahlah bertanam itu jarak-jaraknya dan baris-barisnya serta sebagainya. Pilihlah benih pokok yang baik bagi tanahnya. Janganlah dibiar tumbuh sahaja biji yang luruh atau yang dibawa oleh air hujan sahaja.

Jika diperusahakan dengan faedah dan ilmu tanam-tanaman bertambah rajin pengusaha itu sebab banyak dan molek pendapatannya adanya.