![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Saudara, 9 Mar 1932, p.6
General Article.
Kita Melayu Tidak Ada Timbang-Rasa.
Sanya, jika diperhatikan, orang-orang kita Melayu ini tersangatlah susahnya akan bersatu hati pada memperbuat pekerjaan yang kebajikan oleh disebabkan tiada menaruh timbang-rasa sedikit jua pun; seperti penulis hendak sebutkan ini:
Adalah tempat-tempat di mukim Simpang Pulai Kampung Kepayang ini orang mendiami tempat ini kebanyakan orang-orang kita Melayu berdagang tetapi diperhatikan tentang perniagaan di mukim ini kebanyakan juga bangsa Cina dan ada juga orang-orang kita Melayu berkedai sepintu dua iaitu kedai barang-barang sampah dan kedai getah yang dipunyai bangsa sendiri dengan modal sedikit sahaja tetapi jika kita tiada mahu orang Melayu menjual getah di kedai yang tersebut ini akhir-akhirnya akan ... tetapi seboleh-bolehnya jangan hendaknya berhenti begitulah permintaan penulis kepada ahli-ahli mukim yang tersebut tadi juallah getah di kedai ini supaya jaya dan bertambah maju.
Dengan jalan inilah kelak menjadi maju perniagaan Melayu tetapi tempatnya terbalik orang kita di mukim ini suka berniaga berjual getah di kedai Cina pada tiap-tiap hari kedai Melayu sendiri tidak dipedulikan jadilah dapat dahulu lima puluh kati sekarang dapat dua puluh kati berapa jauh bezanya daripada yang dahulu itu?
Dan setengahnya berkenal-kenalan dengan si penjual itu sudah diberi ia kopi semangkuk, kemudian ada getahnya dijualnya pula di kedai Cina, perihal kedai awak sendiri ada tiada ia ingat kopi yang diberi kepadanya dahulu itu diingatnya sahaja kedai Cina akan hal harganya serupa sahaja enam sen di kedai Cina, enam sen pulalah di kedai Melayu dan Cina itu terkadang-kadang di dalam seratus orang payah seorang yang buatnya terkadang-kadang ia mengilat sampai setengah kati tetapi cubalah di kedai Melayu ia mengilat setahil sahaja dengan tiada minta izin sudah jadi haram kalau haram di kedai Melayu itu serupalah memakan babi!
Iakah tidak Tuan-Tuan Pembaca?
Tetapi cubalah datang kesusahan ditujunya sahaja kedai Melayu kedai Cina ia tiada ingat lagi setidak kalau meminjam di kedai Melayu pinta misalnya sepuluh ringgit sekurang-kurangnya dibaginya lima ringgit. Tetapi cubalah pergi di kedai Cina kopi semangkuk pun tiada didapatinya hanyalah yang didapatinya sekarang banyak susahlah Gulayu bukan pula dikatanya Melayu dikatakannya Gulayu itulah sahaja yang dapat, duit satu duit pun tiada dapat. Oleh demikian itu kita sudah tahu Cina tak mahu memberi pinjam duit kepada kita Melayu sebab itu cubalah getah di kedai Melayu sendiri belilah barang-barang di kedai Melayu sendiri mudah-mudahan barang berkat membeli di kedai Melayu itu dapatlah orang-orang kita Melayu ini bersatu hati pada memajukan kedai-kedai Melayu yang kecil dahulu jikalau sudah lama-lama tentulah jadi besar bukankah atau tiada?
Had inilah sahaja dahulu kalau salah minta maafkan oleh saya bukan daripada ahli-ahli Pengarang, minta maaf kepada Tuan Pengarang oleh ruangannya yang berharga.
top |