Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 5 Apr 1933, p.4

General Article.

Sarawak Negeri Yang Makmur.

Raja Brooke Negeri Sarawak, diiringi oleh Setiausaha Khasnya, telah bertolak dari Singapura hari ini ((3 April)) dengan kapal P.N.O. Comorin, hendak ke England dan diam di sana beberapa bulan, kata Free Press.

Yang Maha Mulia ini hendak bertemu dengan kaumnya di sana dan mereka itu akan balik dengannya semua sekali.

Raja itu telah tinggal beberapa hari di Raffles Hotel, dan ia telah berdiamkan diri sehabis itu dengan tiada berkehendak dijumpai atau dibawa cakapkan oleh orang-orang suratkhabar-suratkhabar sedikit pandangan am kepada keadaan-keadaan pada masa ini dalam Sarawak telah dihuraikan oleh Mr. A.S. Hall*, Setiausaha Raja itu, yang telah berkata jua kemelesetan telah menimpai Sarawak tiada sebagaimana tampaknya ia telah menimpai Singapura.

"Perniagaan sangat sunyi biasanya", kata Tuan itu, "Tetapi keadaan perbelanjaan orang kaya semuanya baik, tahun sudah kami hanya berupaya dapat menimbangkan di antara pendapatan dan belanja tahunan, dan kami mempunyai simpanan yang banyak jua. Sarawak tiadalah hutang-hutang negeri yang hendak dirunsingkan kerananya."

"Pemerintahan Sarawak yang ada sekarang adalah berjalan dengan jayanya lagi", kata Mr. Hole lagi, "Raja itu sangat disukai oleh ramai teristimewa di antara bumiputera-bumiputera dan Cina-Cina Peranakan, dan perubahan dalam pemandangan ini harus tiada berlaku".

Jumpaan Galian.

Sungguh pun Sarawak bergantung kepada getah, kebanyakannya dalam perniagaannya, dan dalam hal ini pendapatan daripadanya telah digodai oleh keadaan dunia yang ada sekarang dalam perusahaan-perusahaan tiadalah ada perbuatan lain-lain diagakkan semuanya sekali dalam tahun-tahun yang makmur, seperti mana yang telah berlaku di Malaya, dan sebab itu adalah lagi perniagaan yang besar umpamanya dagangan lada, gambir, dan nyior kering. Sekarang ini adalah kecenderungan sebagaimana telah ada di Malaya, hendak mengulangi menggunakan tanah-tanah yang telah dipakai kerana tanaman getah, untuk tanaman yang lain-lain yang telah ditinggali.

"Negeri ini adalah mempunyai pendapatan yang tertentu dari tanah-tanah keluaran minyak di Miri", tambah lagi Mr. Hole, "Dan kerananya company itu membayar hasil semuanya pekerjaan minyak dalam keadaan yang maju belaka, dan baru-baru ini penarikan ramai telah terhala kepada kebolehan mendapat galian emas seorang daripada penduduk-penduduk telah menjumpai emas dekat Seruang dan baiklah pekerjaan yang telah dicarikan emas itu telah didapati dengan tapisan fesyen lama dan jua perkakas-perkakas baru. Seseorang daripada penduduk-penduduk di situ di dalam mencari-cari emas telah berkata bahwa ia berjumpa bijih.["]

"Itu barangkali benar", kata Mr. Hole, "Tetapi bagi pihak saya, tiadalah saya percaya perkhabaran itu dengan kuatnya. Kami telah mencari bijih beberapa lama dalam Sarawak tetapi tiada pernah mendapati dalam bilangan yang banyak".

Pemerintahan yang aman.

Negeri Sarawak tampaknya tiadalah berkeupayaan yang besar untuk pencubaan-pencubaan baru dalam pekerjaan minyak, sungguh pun telaga-telaga yang ada pada masa ini sedang mengeluarkan minyak dengan cukup banyaknya.

Adalah beberapa pergerakan dalam negeri Brunei sungguh pun beberapa pencubaan yang baru telah dinyatakan, tiadalah ianya berjalan lama.

Yang Berhormat Sir Charles Brooke telah mengganti ayahandanya sebagai Raja Sarawak dalam tahun 1917. Ia telah diberikan gelaran G.C.M.G. dalam tahun 1927. Ia telah diberikan pelajaran "Winchester dan Magdalene College", Cambridge, dan telah menyertai ayahandanya di Sarawak mempelajarikan kewajipan-kewajipan kerajaan.

Ia telah mengetuai beberapa perjalanan menyelidik ke dalam negeri itu hendak menderitakan ahli-ahli pembunuh, tetapi ia mengerti akan rakyatnya dan dipandang tinggi oleh mereka itu. Ia memerintah lebih daripada setengah juta manusia daripada berbagai-bagai bangsa dan puak, dan perintahannya yang bijaksana itu telah mendatangkan aman, semenjak ia menjadi Raja, di luar dan dalam negerinya.