Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 22 Aug 1933, p.4

Local News.

Cita-Cita Malayan dan Anak-Anak Melayu Akan datang.

Oleh Ibn Mustapha.

Di mana-mana suratkhabar dan majalah sama ada Melayu mau pun Inggeris, heboh bangsa Malayan memohonkan pada kerajaan akan jawatan pemerintah, bahkan cita-cita mereka itu akan berkuasa di Tanah Melayu ini. Oleh sebab kerajaan kita yang maha adil ini segala pemerintahan Malayan itu tidak memberi bekas.

Sungguh pun begitu patut kita semua menaruh cemburu dan buat suatu tanda ingatan kenang-kenangan selagi Melayu berkuasa di Tanah Melayu ini.

Kebanyakan Cina-Cina yang berjerit pekik hendak menjadi pemerintah di Semenanjung ini ialah daripada tutur yang berpelajaran Inggeris yang difikirkan dirinya amanah dan taat kepada kerajaan.

Jikalau kita buka mata dan sedar tentu kita ingat dan menjadi suatu pertanyaan di hati kita, siapa dia yang membawa candu gelap? Tiada ke lain melencongnya jawapan kita kepada Cina ((Tionghua)).

Dan orang yang pecah harapan ((amanat)) siapa pula? Kebanyakan Cina Totok juga, pendeknya tak boleh dipercayai selama-lamanya.

Di mana-mana ada perompakan, penyamun dan pencuri, jangan syak lagi Cinalah yang memperjagakan dia, pekerjaan ini telah dilakukan oleh mereka itu berpuluh-puluh tahun sudah hingga hari ini belum juga lagi terhapus, bahkan makin bermaharaja-lela dengan beraninya.

Baru-baru ini penulis ada membaca di dalam Pengasuh perihal sekolah Cina Kota Baru telah diselidiki oleh kerajaan pengajarannya semata-mata mengeluh murid-muridnya menjadi kaum merah ((penderhaka -- pemberontak)) dan mencerca kerajaan. Inikah dia kelakuan orang yang taat dan amanat pada kerajaan? Betapalah halnya sekiranya mereka itu menjadi pemerintah? Tentu sekali bangkit haru-biru!

Di Tongsan ((Tionghua mana semenjak beberapa lemah sudah bangkit permusuhan di antaranya sama sendiri, belum juga padam-padam hingga bangkit pula permusuhan dengan Jepun tahun 1931 ...)) bagaimanakah mereka hendak mengelok dan mengamankan negerinya? Sedangkan negeri sendiri pun tidak terkawal?

Cina ini suatu bangsa yang cepat biak pada sekalian mereka itu, dengan hitungan panjang boleh mengadakan baka tujuh delapan orang. Dengan tempoh yang tidak berapa lama bangsa mereka itu telah menjadi ramai bilangannya daripada bangsa-bangsa dagang yang lain di Tanah Melayu ini. Kita cukup percaya bangsa Melayu kita tidak sampai begitu ramai bilangan anak-anaknya, bahkan bangsa Melayulah yang tak suka beranak; kalau ada pun anak-anak kita Melayulah anggota dan pergerakkannya seperti sayur keladi, begitu jua lemah kuasa untuknya pada mencapai sesuatu pelajaran.

Sebab itu jarang kita dapati anak-anak Melayu yang pas tinggi lebih daripada bangsa Malayan, bahkan sama pun tidak, masih jauh ke belakang pandang tak nampak, teriak tak dengar, begitulah jauh bezanya kecergasan otak kita Melayu ((kecuali jarang-jarang sangat boleh dijumpai sebaya itu)) kesalahan ini ialah tentang percampuran debu ((darah)) muda yang memang selalu dilakukan oleh datuk nenek hutang kita hingga bersaka-baka kepada wak-wak ((bapa-bapa)) kita yang ada sekarang ini. Masih memeluk perbuatan itu lagi, mengikut fikiran kita 99 peratus daripada perempuan-perempuan yang tak menghargakan dirinya sebab bersuami masih umur di dalam buaian, sudah bercerai, mereka tak dapat hendak menunaikan nafkah sara dirinya.

Dengan sebab itu terpaksa mereka melakukan pekerjaan itu dan seperatus daripada mereka itu kerana mengikut hawa nafsu dan lain-lain yakni mengikut kecenderungan hatinya yang membawa kepada kerosakan ((kecuali yang ibu bapanya kaya, berapalah banyak bilangan anak-anak Melayu yang masuk ke bilangan kita? Hendak cari suku peratus pun susah)).

Di dalam sedikit masa lagi di mana anak-anak kita menjadi bapa dan ibu yang sebenar anak-anak mereka itulah yang boleh menuntut bila datuk-datuknya sama ada pengetahuan, kecergasan, kekuasaan dan kewajipan yang tercampak ke tangan bangsa asing. Dengan jalan cucu wak kelak bercampur dengan campuran debu yang cukup Asia.

Bersambung.