Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 8 Feb 1933, p.7

General Article.

Kejatuhan Melayu Yang Berpakaian Barat.

Oleh Ta`ak.

Sambungan Saudara Bilangan 278.

Memadailah kaumku wahai Melayu dengan keredhaan tilikan pembesar-pembesar putih daripada kerajaan atau lainnya kepada Melayu yang bersangkut kebangsaan Melayu itu. Tidaklah ada kelebihan di sisi seseorang yang tiada bekerja bersama-sama kaumnya daripada apa-apa pekerjaan yang meninggikan kemutuan kebangsaan, sebagai lagi, telah diamat-amati adalah songkok Melayu kita ini tersimpan padanya beberapa kelebihan.

Lihatlah! Seorang Melayu yang memakai seluar Melayu kemudian daripada dikenakan songkok Melayu dikepalanya, tidaklah terkeluar ia daripada pakaian kumpulan kebangsaan. Sekiranya jika dikenakan helmet, Greek hat, atau lain-lainnya, nescayalah menyerupai ia akan peraturan orang sebelum atau setengah daripada Hindu yang peranakan. Dan lagi kita yang meniru secukup-cukupnya pakaian Barat itu tampaknya tiada terpelihara kepada pandangan am. Jika tubuh yang memakai itu warnanya kuning tampak seperti Nasrani atau Cina atau Jepun. Dan jika kulitnya hitam nampak seperti Jaffna atau Hindu. Dan jika kulitnya warna di antara dua itu, tiada jauh daripada Siam pula.

Apa sedapkah pendengaran kaum Melayu dengarkan kaumnya disebutkan begitu, di dalam itu pun dijawab juga dengan berkata, topi besar itu memelihara daripada panas matahari.

Di sinilah penulis keringkan pena dengan tiada bermaksud umpat keji kepada Tuan-Tuan kaum penulis yang kena makna dengan pakaian itu dan penulis kemukakan ini ialah menzahirkan perasaan yang tercantum di mata hati yang berkenaan dengan kaum darah sendiri sekiranya tersalah, harap sangat-sangat mendapat teguran yang beralas kepada jalan yang hak supaya penulis campak buang perasaan itu dan jauhkan diri seperti menjauh kepada najis-najis.

Saudara: Adakah pakaian ini menurut kemuslihatan dan kemegahan juga; bermula ahli-ahli Johor telah menjadikan pakaian mereka itu berseluar baju kot pantaloon bertopi baldu hitam, pada ghalibnya dan umum di dalam majlis-majlis mereka itu yang rasmi. Maka pakaian yang demikian itu sangat digemari oleh Duli Yang Maha Mulia Rajanya, pada pemandangan kita pakaian yang demikian itu tidak mencacatkan kebangsaan dan sangat elok serta kemas, dan ringkas bagi ahli-ahli pekerjaan. Adapun di dalam masa adat istiadat Melayu atau di dalam perhimpunan yang berkenaan dengan ugama, tidak terlebih kepada pemandangan daripada pakaian Melayu kerana pakaian itu boleh dilakukan serba jadi dengan tidak kerana sesuatu sebab yang patut dipakai kerana memeliharakan kemuslihatan di dalam masa menjalankan kerja-kerja memang tidak sayogianya bagi ahli-ahli pemerhatian, bukan kerana agama ada menegahkan dia, tidak, tetapi ialah kerana sahaja mengeluarkan diri daripada sifat kebangsaan dengan tidak diterima oleh yang punya pakaian masuk ke dalam bangsanya itu satu daripada perbuatan yang kebodohan.