Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 8 Feb 1933, p.7

Surat Kiriman.

Tabiat Anak Muda Kita ((Melayu)).

Selalu juga saya membaca suratkhabar-suratkhabar yang menghampir kepada saya bunyi suara di dalamnya kebanyakan pihak seruan jalan kemajuan dan kemodenan.

Pendapatan saya yang sempit, anak-anak yang sakit ((Melayu)) belum banyak lagi mengadap ke medan ini: ada tak ada pun mereka memajukan berkumpul di meja bola, di tembok tepi jalan raya atau simpang, serta juga di kedai kopi, hal di meja bola, kalau tiada berwang, tumpang berseru kiri kanan poket, dan sebagainya pun puaslah hatinya.

Hal di tembok mengatakan ((mengumpat keji kepada kaumnya atau bangsanya)) dan juga dihibur hati hal di kedai, memang termaklum ... perkara-perkara ini tidak menghiraukan masa siang dan malamnya kadang-kadang sehingga ayam berkokok mengalamatkan hari hampir siang ini di pihak ahli-ahli yang memajukan berdiam di tembok, dan lagi jika ada rumah perempuan ... di situlah pula mereka menyorong atau berkumpul dengan berbual-bual kosong, terkadang berbangkit perkelahian sesama sendiri kerana masing-masing hendakkan lebih tidak tilik fikir maruah taulan.

Tentang kemodenan berlebih-lebihan pula sehingga tak ada tujuannya atau haluannya. Alhamdulillah! Saya memang suka anak-anak bangsa kita mengambil bahagian kemodenan, tetapinya janganlah melampaui. Di sini saya pinta anak bangsa kita rundingkan suatu perkara yang baru hendak dimajukan olehnya ialah pakaian topi, sungguh pun pakaian topi yang demikian kehebatan iaitu ia boleh melindungkan mata dan kepala daripada panasnya cahaya matahari, tetapi tidak pula hal bagi pihak orang kita yang berugama Islam.

Jika tidak haram, maka jatuh darjat kebangsaan dan ugama kita, kalau kita ini disebut oleh orang Cina atau Hindu dan juga Inggeris. Pendeknya bangsa yang bukan Islam dan sekiranya sifat kita bersamaan dengan sifat mereka itu istimewa pula kita bercampur gaul dengan bangsa-bangsa yang tersebut tidak dapat tidaklah dikata orang ... dan lagi adakah menjadi hina atau jatuh darjat kebangsaan dengan sebab meletakkan songkok di atas kepala? Ayuhai bangsaku! Adakah tahu bangsa yang bermodenan telah memuji tentang kecantikan dan seri wajah Melayu disebabkan pakaian songkok yang tidak menudungkan rupa muka yang cantik. Dan guru saya, Inggeris bangsanya ia, mengajar di sekolah Free School Penang, ia telah berkata yang ia sangat benci melihat anak-anak Melayu memakai topi dan berkenan pula melihat orang-orang yang bersongkok. Kerana katanya songkok itulah seri Melayu.

Harap maaf terutama sekali Tuan Pengarang Saudara kerana ruangannya adanya.