![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Saudara, 31 Jan 1933, p.6
Editorial.
Apa Dia Suratkhabar dan Siapa Orang Yang Mendirikannya.
Bermula suratkhabar itu ialah berita umum, dibangunkan bagi umum, menuntut faedah yang umum dan menolakkan kemudaratan yang umum.
Tidak berdiri sesuatu suratkhabar di dalam terhimpun sesuatu kaum itu melainkan adalah cita-cita yang mendirikan dia itu bagi faedah-faedah perhimpunan kaumnya yang umum dahulu daripada tuntutan yang khas bagi dirinya, tetapi jikalau berhajat bila-bila juga sesuatu masa mesti ia mengorbankan dirinya kerana menyempurnakan cita-citanya bagi memberi faedah perhimpunan kaumnya yang umum itu.
Maka tidaklah sekali-kali tak akhir ialah satu saat pun daripada menyerahkan dirinya kepada menyempurnakan cita-cita itu yang ialah roh kehidupan kebangsaan.
Suratkhabar ini bukanlah perdiriannya kerana membesarkan kepujian ke atas seseorang yang khas yang tiada memberi guna bagi umum, bagaimana bukan sekali-kali juga perdiriannya bagi mencerca akan seorang yang umum kerana batang tubuh atau asal turun temurun seseorang itu di luar sama sekali daripada tuntutan perdiriannya tetapi tuntutannya ialah amalan yang terbit daripada batang tubuh itu, dan amalan itulah yang diserunya akan kaumnya yang umum pada meniru dan menghormati akan dia jikalau didapatinya ada faedah bagi umum, dan diperingatkannya akan kaumnya daripada bahayanya bila didapatinya akan dia memberi mudarat bagi umum.
Dengan sebab ini boleh dan senang didapati oleh ahli-ahli pemerhatian akan kehidupan ahli-ahli suratkhabar yang mempunyai tujuan yang diserulah Allah dan Rasulnya ini di dalam perhimpunan beberapa banyak kaumnya yang belum sempurna kehidupan kemodenan di dalam perhimpunan itu senantiasa terhina menanggung beberapa azab sengsara dipermusuhi oleh setengah daripada kaumnya, tetapi yang demikian itu tiadalah sekali-kali boleh melemahkan dia daripada menjalankan kewajipannya yang didirikannya suratkhabarnya itu kerananya, sebab tiap-tiap kehinaan yang ditanggungnya kerana menjalankan kewajipannya bagi perhimpunan kaumnya itu ialah kemuliaan pada perasaannya dan tiap-tiap kesiksaan yang dirasanya kerana menjalankan kewajipannya itu ialah kelazatan kepadanya, dan tiap-tiap permusuhan yang terhadap kepadanya itu ialah persahabatan yang membantu bagi meluluskan tujuannya dan mengembangkan seruannya, tiadalah boleh terlintas sekali-kali di dalam hatinya takut selain daripada tubuhnya dan menyalahi undang-undang negerinya, sehingga jikalau dengan kerana tujuannya yang difikirkan kepadanya memberi kebajikan bagi kaumnya itu boleh menerangkan nyawanya sekali pun.
Dengan kerana yang demikian ini hendaklah orang-orang yang hendak membangunkan suratkhabar yang demikian ini mengetahui terlebih dahulu sekali bahwa dirinya itu terupaya menjalankan tujuannya itu sehingga akhirnya tidak bergantung sahaja semata-mata kepada pertolongan orang-orang yang lain daripada dirinya sendiri kerana bergantung kepada diri sendiri. Itulah rahsia kemajuan.
top |