Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 21 Apr 1934, p.7

Surat Kiriman.

Kemajuan Perempuan Melayu.

Saudara 396.

Begitulah kepitan rencana yang disyorkan oleh penulisnya Tuan yang budiman di halaman Saudara yang tersebut.

Tampaknya Tuan Penulis rencana yang termaklum belum jua lagi kepada pangkatnya budak-budak dahulu itu suka hidup dimanjakan orang dan kelak tidak makan bersuap pula biarlah mati kelaparan asalkan jangan sendiri menyuap.

Sekiranya tidak tentulah sempat ianya melihat tak usah jauh seantero Semenanjung pun cukup ada beberapa perempuan hari-hari berkehidupan menjunjung berjaja barang-barang kerana nafkah dirinya anaknya dan lain-lainnya pun sama.

Ada beberapa perempuan setiap waktunya ke huma dan ke bendang kerana nafkah yang laki-laki cuma cukup tangan perkakas sahaja. Tetapi tak usah dikenang lagi ada beberapa keyakinan perempuan yang sudah-sudah itu apakah balasannya daripada laki-laki hingga dirinya bersama anak-anak isterinya hidup menjadi hamba abdi orang yang harus akan kekal selama-lamanya.

Bahkan tahu pula berkata "bahwa syurga seseorang itu di bawah tapak dua kaki ibunya". Betapa tidakkah Tuan Penulis yang budiman terhitung seseorang anak laki-laki yang bertuah sedang berusia remaja putera dan mengapa begitu lemah Tuan tidak dapat memerdekakan ibu daripada menjadi sebarang abdi orang dan bilakah waktunya Tuan hendak membalas jasa ibu membela pelihara Tuan daripada tangan dua jari sampai sekarang ini terpaksalah lagi ibu Tuan menjadi hantu dapur selama-lamanya dengan tergagahkan kerana Tuan sahaja.

Sungguh kata Tuan ugama Islam wajibkan perempuan mentaatkan kepada lima perkara, iaitu

((1)) mengatur perhiasan rumah Melayu,

((2)) jahit menjahit dan tekat-menekat,

((3)) masak memasak,

((4)) membela anak dan mendidiknya,

((5)) membahagia hati suaminya itu.

Tidakkah Tuan itu yang ugama Islam tiada akan memberi hukum wajib dan lainnya melainkan ada tersebut nas yang terang dan kitabnya Quran dan Hadis?

Oleh yang demikian apakah moleknya jika tiap-tiap satu daripada lima perkara yang tersebut itu Tuan iringkan dia dengan nas yang sahih supaya diketahui oleh segala perempuan hingga beberapa berat susah payah pun apa boleh buat kerana kehendak ugama kita Islam tentu wajib dizahirkan dia.

Setelah kita menulis ini tiada sekali-kali difardhukan hendak berbahas dan berceloteh, hanya kita harap tiap-tiap perkataan yang disandarkan pada ugama kita Islam itu hendaklah disertai dengan alasannya, lebih-lebih lagi di dalam hal hendak memaksakan manusia baik laki-laki atau perempuan kepada perkara yang bukan mestinya difikirkan dia kerana sampailah sudah masanya yang kita tiada berkehendakan hakim lembu adanya.

Pena Baru.