Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 12 Sep 1934, p.4

Local News.

Hasil Mahsul Tanah Melayu: Perniagaan bertambah-tambah Maju.

Menurut daftar siaran berkenaan dengan hasil mahsul bagi Tanah Melayu sebagai yang dikeluarkan pada tiap-tiap bulan ada menunjukkan kepada bertambah-tambah kemajuannya.

Semenjak bulan July harga barang-barang yang dibawa masuk sebanyak berjumlah 44,040,000 ringgit iaitu yang tertinggi sekali di dalam tahun ini berbanding dengan 31,125,000 ringgit bagi bulan yang bersamaannya di dalam tahun yang lalu harga-harga barang-barang keluar sebanyak 49,745,000 ringgit berbanding dengan 36,403,000 ringgit bersamaan bulan bagi tahun yang lalu. Perkiraan kasar bagi jumlahnya perniagaan bulan July ini ialah sebanyak 93,785,000 ringgit berbanding dengan 67,523,000 ringgit dalam bulan July tahun yang lalu.

Jumlahnya perniagaan bagi tujuh bulan di dalam tahun ini sebanyak 469,915,000 ringgit dan bagi tujuh bulan di tahun yang lalu, sebanyak 419,341,000 ringgit jadi iaitu ada menunjukkan kepulihan sedikit di dalam kemajuannya pada tahun ini.