Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 20 Oct 1935, p.4

General Article.

Sebab-Sebab Kejatuhan Melayu.

Oleh A.C. Kedah.

Jika difikirkan sebab-sebabnya Melayu ini jatuh pun mendapat kehinaan dari bangsa-bangsa lain boleh dibilangkan semata-mata dengan sebab Melayu juga. Kenapa begitu?

Ah! Itulah kerana Melayu ini kebanyakannya tiada sekali-kali ada mempunyai hati, perasaan, hemah dan peringatan yang hendak menolong kepada bangsanya sendiri sebab pun saya berani berkata sedemikian itu kerana sendiri juga sudah terjumpa kepada kebanyakan ketua-ketua kita yang suka menaruh hati hasad dengki, bermuka-muka kepada bangsa asing.

Hatta di dalam perniagaan ataupun di dalam pejabat kerja. Kerana pada fikiran asalkan ia seorang sahaja hidup sudahlah. Apakah ia pedulikan kepada lain-lainnya. Seorang ketua-ketua di dalam pejabat kerja, jika ia ada mendapat apa-apa kesalahan anak tangannya sewajib-wajib hendaklah ia memberi nasihat terlebih dahulu kepada yang membuat salah itu serta terangkan sekali begini-begini membuatnya, engkau itu salah. Maka wajiblah engkau ubahkan pula kepada yang betul. Ini jangankan ia hendak nasihatkan sebaliknya hendak dianiayakan saudara sebangsanya.

Hai sekalian ketua Melayu, bukankah inilah masa yang Tuan-Tuan mesti mengajar kepada sekalian anak buah Tuan-Tuan daripada bodoh kepada pandai, daripada salah kepada betul, daripada hina kepada mulia?

Sebaliknya, mengapakah pula Tuan-Tuan hinakan bangsa Tuan sendiri? Apa Tuan-Tuan fikir jika negeri ini sudah didapati bangsa lain, apa bolehkah Tuan-Tuan sekalian bermegah-megah lagi? Tidak dapat tiada tentu sekali Tuan-Tuan akan dibalaskan sekalian pertolongan Tuan-Tuan itu dengan sehebat-hebat balasan pada masa itu.

Apakah pula Tuan-Tuan hendak kata? Mahu tak mahu diam sahaja dengan memperingatkan hal diri Tuan seperti masa yang sudah-sudah dan kesal pun tiada berguna lagi apa kata Tuan Pengarang?

Dan begitu juga di dalam ilmu perniagaan jarang sekali boleh kita jumpa yang Melayu. Ini hendak menolong kepada bangsanya itu tidak dapat tidak ia akan mendapat hina sebalik ia tiada fikir yang perbuatannya itu menhinakan dirinya sendiri.

Seperti perbuatan ini semuanya sekali kepada siapakah kita hendak salahkan? ... Iakah kepada sekalian Ketua-Ketua Melayu, juga kerana mereka itu sekalian tiada sekali suka hendak nasihatkan kepada bangsa sendiri ataupun menaruh perasaan kepada anak buahnya daripada menolong kepada bangsanya? Inikah hatinya jika ia majukan bangsanya itu tidak dapat tiada tentu ia tiada boleh bermegah kepada bangsa-bangsa lain lagi. Disudahi dengan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tuan Pengarang kerana ruangannya.