![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Majlis, 12 Sep 1932, p.8
Leader Article.
Akhbar Melayu dengan Pelajaran Inggeris.
Penulis tidak mengaku buah fikiran penulis akan cuba keluarkan di bawah ini tepat maknanya seperti kepala rencana di atas itu.
Dan juga, penulis tidak berhajat kiranya melajakkan pena, hendak menjadikan perkara ini suatu perkara perbahasan.
Jikalau tak salah, pada peringatan penulis sudah dua kali keluaran di akhbar Majlis ini perkara yang seakan bermakna seperti kepala rencana di atas itu.
Seorang penulis mengatakan anak-anak Melayu yang berpelajaran Inggeris itu sangat suka mengepit akhbar Inggeris untuk melaram sahaja ((melagak-lagak katanya!)). Pada halnya tidak pun 20 peratus daripada isinya akhbar itu diketahuinya maknanya. Perkataan yang seakan-akan begini telah dibalas oleh seorang penulis lain dengan sayu hatinya mengatakan yang anak-anak Melayu kita yang telah lulus di dalam ujian Junior dan Senior Cambridge itu tiadalah bermakna apa-apa; jikalau mengikut sebagaimana perkataan penulis yang pertama itu.
Penulis tidak menyebelah kepada sesuatu pihak; tetapi yang penulis fahami ialah setengah daripada setengahnya anak-anak Melayu kita yang berpelajaran Inggeris itu memang begitu lakunya; kadang-kadang sungguh pun diketahuinya makna isi-isi akhbar itu, tetapi tidak dibacanya. Cuma untuk melaram sahaja, buat menyaksikan yang mereka berpelajaran Inggeris konon! Tetapi sebaliknya pula, setengah daripadanya memang digunakannya akhbar itu untuk menambah pelajarannya yang ada itu, dan tidak sekali-kali disia-siakannya wang yang keluar daripada poketnya buat membeli akhbar itu.
Di dalam dunia ini Tuan-Tuan Pembaca lebih maklum seorang itu berlainan kesukaannya tentang baca-membaca akhbar-akhbar itu.
Setengahnya sukakan membaca perkara siasat-siasat negeri, hal perniagaan, perkhabaran sport dan lain-lainnya yang difikirkannya tidak berapa banyak dijumpainya di akhbar-akhbar bangsanya sendiri itu.
Di sini penulis tidak berhajat sangat hendak memanjangkan perkara itu ataupun ingin.
top |