![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Saudara, 9 May 1931, p.9
General Article.
Kongress Melayu.
Sampai kepada kita hari ini beberapa banyak surat persetujuan daripada suara-suara kita yang ikhlas akan kemajuan kaum dan negerinya berkenaan dengan syornya dan kesukaannya supaya diadakan Majlis Mesyuarat Am bagi kaum Melayu ((Kongress)).
Oleh itu kita fikir tidaklah patut ketua-ketua atau pembesar-pembesar kita lalaikan lagi daripada memimpin mereka itu kepada kesedaran untuk merundingkan hal-hal yang boleh menjadi kebajikan kaum itu.
Setengah daripada persetujuan dan syor saudara-saudara kita itu sebagaimana yang kita terima dari Pahang baru-baru ini kita akan muatkan kelak dalam "Saudara" akan datang. Tunjukanlah fikiran dan persetujuan beramai-ramai wahai saudara!
top |