Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 29 Sep 1930, p.8

General Article.

Kemajuan Tanahair Bergantung Kepada Pemuda-Pemudanya.

Negeri yang maju itu kerana penduduk-penduduknya kebanyakan alim. Pendeknya kata kemajuan negeri itu bergantung kepada pemuda-pemudanya yang alim bukan jahil. Dari kerana itu orang-orang alim mesti bekerja untuk keperluan tanahair dan mengembangkan ilmunya serata-rata sudut negeri dan berkemuka ke hadapan kepada padang kemajuan itu selagi tidak Tok Alimnya bekerja. Dari kerana itu kita berseru kepada Tok Alim supaya memberi nasihat kepada anak-anak buahnya menyeru kepada kemajuan, sebaliknya Tok-Tok Alim itu juga punca penyakit kemajuan kaum.

Kita umat Islam ada cukup segala ilmu di dalam kitab Islam; dari kerana itu, umat-umat Islam di masa zaman khalifah-khalifah cukup majunya, sedang umat Barat di masa ini mengambil patinya daripada ilmu kitab-kitab Islam dan semuanya itu perusahaan ulama-ulama Islam ketinggalan kita di masa kini, kerana kemalasan dan kebodohan kita tiada memerhatikan ilmu Islam, hanya tawarikhnya ke Barat, lantarannya kesopanan Barat diperlakukan umat Islam di Semenanjung ini tiada menyegerakan ulama-ulama Islam sejati, tiada berpegang kepada Quran dan Hadith kerana bertelinga buta.

Pelajaran Islam cukup luas dan dalam tiada kurangnya satu apa baktinya orang-orang Islam di zaman dahulu memerintah dunia dengan majunya bukannya, seperti kata "Anak Negeri", alim ugama tiada konon campur tangan di dalam kemajuan. Syabas! Majulah! Kemukalah Tok Alim di masa ini kepada padang kemajuan supaya kembali pelajaran kita seperti di zaman Islam dahulu.

Jangan pedulikan kata-kata "Anak Negeri" itu kerana pengertiannya kepada jasa-jasa Islam tiada. Hanya kemajuan Barat dan Munafik. Akan kemajuan Islam yang mana orang-orang Barat di ini masa ada berhutang budi. Kalau kita fikir-fikirkan ada pengertian "Anak Negeri" itu dengan kemajuan Islam sejati seperti tujuh bintang di langit dengan bulan. Kita percaya kemajuan bangsa bergantung kepada alim pemudanya.

Was-salam.

Pujangga Ipoh.

## part 2 ##