Majlis extract
bibliographical notes on Majlis
index of Majlis extracts
    • locate in index of extracts taken from Majlis

 

Majlis, 27 Oct 1932, p.5

General Article.

Sungutan Atas Percampuran Bangsa Lain di dalam Pekan-Pekan Mingguan.

Dari minggu yang lalu kita mengaku telah menerima beberapa banyak karangan-karangan yang mengandungi sungutan atas adanya bangsa-bangsa lain bercampur di dalam Pekan-Pekan Mingguan serata Tanah Melayu.

Tetapi kita harus mengaku dukacita kerana tak sempat memuatkan karangan-karangan itu kerana karangan-karangan itu terlalu panjang dan boleh dikata sebagai sungutan yang tiada kesudahannya.

Bahkan kita rasa seakan-akan kurang manis selalu-selalu sangat dikeluarkan surat-surat yang demikian itu yang tak kurang pula sungutannya ke atas tengkuk committee-committee yang tiada berdosa itu.

Apa yang kita berharap ialah tenaga; silalah bekerja dengan anggota perlahan-lahan supaya dapat diketepikan bangsa-bangsa lain yang sepah mengasak dan menyelit sebagai racun yang amat bisa itu.

Biar lambat asal selamat.