![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Majlis, 12 Jan 1933, p.8
Leader Article.
Mengapa Melayu Layu.
Sebelum penulis melajakkan kalam di sini haraplah dibentangkan ke pengetahuan yang berhemah tinggi istimewa yang memegang teraju pelajaran umat-umat di Pahang.
Kalau penulis tidak berkata-kata nescaya labud [...] hingga ke mata dema, apa yang hendak dikatakan kerana sudah terlepas daripada menyeru kepada sekalian kaum pelatih.
Sebelum negeri ini dipernaungi oleh ketua pelajaran yang berpangkat Penolong Nazir ((MAI of 8)) sudah pun dihisap oleh nyamuk tiru bangsa akan darah-darah manusia umat-umat Pahang akhirnya terbinasa jua oleh umat Pahang.
Semenjak tahun 1928, didapatilah pemerintah pelajaran yang berilmu bahasa Inggeris dengan berdarjat Penolong Nazir ((MAI of 8)) dari pun masa itu umat Pahang merasailah akan kelazatan dan bersombong hati atas pelajaran sama jua meriak-riak hendak mengadakan seperti saudaranya di negeri-negeri asing istimewa pula zaman ini dapatlah diperhatikan beberapa banyak sudah pengarang-pengarang akhbar dari Pahang seperti Abhi, ANP dan lain-lain.
Sekiranya dapatlah dibentangkan oleh Encik Penolong Nazir itu ke pengetahuan ramai akan hal telah berlaku yang dikatakan umat Pahang itu maju dengan mara ke hadapan tertentulah saudara-saudaranya di negeri asing dapat menilik beberapa perubahan bagi saudaranya yang bongsu sekali mencuba hendak mencapai di sisi lembahan saudaranya yang sulung itu.
Dengan sebegini racun, usaha, timbang rasa, pandai memerintah, pemerhati, selidik siasat oleh Penolong Nazir atas serba serbi dengan ikhlas hati umat-umat Pahang mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kalau tiada apa galangan agaknya. Tentulah umat-umat Pahang membahaskan suatu pencawangan yang berteraskan sendi keinsafan kepadanya kerana menerima jasanya mengubahkan cara kuno kepada cara-cara terus sekarang seperti berkebun beringin, beradu, mengadu dan lain-lainnya.
Kesemuanya dengan kepercayaan Tuan Nazir belaka dan tidak pula sungguh pun Yang Mulia Tuan Mejar Nelson yang baru bertukar ke Penang itu, penulis ucapkan di sisi atas keselamatan negeri Pahang bagi pemerintah yang mendatangkan kemajuan dengan berbanyak-banyak terima kasih.
Di dalam masa Tuan baru itu tersangatlah lurus hati, bersih hati, suci hati, serta dengan gerak geri di dalam kepunyaan akan apa jua yang dilakukan oleh penolongnya.
Apatah lagi! Berubahlah pemandangan Encik Penolong apa dia? Iaitu buat kata pepatah Melayu:
Dari Melaka terbang asalnya Beberapa jauh gunung didaki ; Kerana memajukan bangsanya , Tak patut kutu makan di kaki. |
Baru-baru ini penulis mendengar peri kesibukan pertukaran seperti Majlis bilangan 105 ... ada yang naik tangga dan ada yang turun tangga, apa sebab?
Tertentu ada berperasaan bagi, ah, apatah lagi yang terkena bukan???
Di sini penulis ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pengarang akhbar dari Pahang bagi berjerit-jerit yang bukan-bukan panjangnya menyeru akan kemajuan bangsa serta lain-lain yang memberi sangat jauh bagi umat-umat Pahang ini pada mencapainya seperti Abhi, ANP dan lain-lain ... ulangi berbanyak-banyak terima kasih lagi.
Jika Tuan-Tuan membiarkan hal ini haruslah kelak demam malaria itu melawat ke serata-rata ceruk, baruh, negeri kita ini dengan ikhtiar ini kata Tuan Professor, tabib-tabib dari Hong Kong; buanglah segala tin-tin, gayung-gayung, kerongkong-kerongkong, dan kambuslah tempat-tempat pertakungan air kamu supaya tak dapatlah dimengagak oleh nyamuk pedih itu.
Tuan-Tuan Pembesar terutamanya berharaplah cita-cita penulis-penulis ini atas yang berkuasa seperti Tuan Nazir Pahang pada menyiasat selidik akan hal yang berlaku ini janganlah diperdengari apa-apa katanya dengan tidak disiasat dahulu, nescaya harumlah negeri dengan nama Tuan yang budiman itu, kerana negeri Pahang ini masih duduk di dalam keinsafan sama pelajaran dan ... serta lain-lainnya. Jika tidak hapuslah negeri oleh yang bidal yang ke atas itu pada memperhisap darah-darah umat Pahang itu.
Penulis berbanyak-banyak dukacita mengeluarkan hal ini kerana buat kata pepatah Melayu; tepuk air di dulang terpijak ke muka sendiri jua. Tetapi dengan suci hati penulis pada menceritakan kerana terbalik fikiran akan pepatah Melayu; rosak hidung jangan binasa sekali.
Ayuhai! Abhi, Abhi, ANP, ANP, M. Matbaah dan lain nama yang menjelma marilah hapuskan perbencana yang berlaku ini. Tidakkah Tuan ingat Cina-Cina sama Cina sedangkan bergaduh, inikan pula musuh negeri iaitu membusukkan nama negeri, istimewa anak negerinya kerana kebodohan tiada berilmu berkuatkan pegangannya kehairanan kepada negeri-negeri asing?
Gak tegal ((menyuap maka terdapat masuk nasi)).
Had ini berhentilah kalam di atas bercerita penghisap darah-darah hidup umat-umat Pahang. Inshallah, kalau umur panjang, akan menyambung kelak terima kasih dan hormat dari.
Kepada 4 haribulan January 1933.
top |