Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 29 Oct 1940, p.13

Akhbar Melayu

Bermadu :

Film Melayu Modern Keluaran Singapura.

Peluang yang sangat2 baik dalam sedikit masa lagi syarikat Suara Brothers Limited Singapura akan mengeluarkan suatu gambar Melayu bercakap yang berkepalakan – Bermadu – inilah gambar Melayu yang kedua kali diperbuat di Singapura.

Sesungguhnya gambar pertama telah dipertunjukkan yang bergelar Mutiara di Singapura bahkan di serata2 semenanjung tetapi gambar “Bermadu” inilah suatu gambar berbahasa Melayu Singapura atau Semenanjung yang sangat jauh bezanya daripada gambar2 lain berbahasa Melayu baik pun rupa2 gambarnya pemandangannya dan bunyi2 suaranya jauh bandingan daripada semua gambar2 Melayu juga tujuan2 dan makna2 yang terkandung di gambar bermadu diakui tiada suatu pun daripada gambar2 Melayu menyamainya iaitulah cerita yang terlebih memang biasa berlaku di sisi kaum kita daripadanya kelak dapat bermacam2 pertunjuk ajaran, nasehat, ibarat yang berfaedah juga yang sehabis molek, galak, jenaka bercampur kasihan sedih dan ngeri.

Gambar bermadu kelihatan gerak geri ahli yang mengambil bahagian di dalamnya telah dapat dibaiki dan terpuji kelayakannya ditambahi pula ada beberapa pilihan melakukan yang baharu dan terpelajar adalah bersama2 menyerikan dan menambah keelokkan gambar bermadu. Pergerakkan dan menggurunkan disulami dengan beberapa nyanyian2 dan bunyian yang sangat merdu dan menggambar pendengaran di dalam gambar bermadu.

Di dalam filem Bermadu juga enam bintang filem yang termasyhur iaitu Tina, Iem Puteh Lauk, Hisah, Haji Gung dan Aman bersama2 sekaliannya mengambil bahagian di dalam gambar “Bermadu” Tuan How You dan Miss Wan Hai Ling kedua2nya bangsa Cina dari Hongkong sebagai pengelola dan pemimpin yang sangat2 berusaha memperelokkan dan memperbaiki semangat Melayu oleh itu pertunjukan gambar Bermadu adalah membawakan tuan2 semangat yang baharu tunggulah hari perbukaannya tiada berapa lama lagi.