Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 23 Aug 1930, p.8

Editorial.

Kesusahan di Semenanjung.

Sesungguhnya Terengganu sejahtera dari kesusahan yang lain-lain negeri sedang terhadap oleh kerajaan timah dan getah jatuh harga.

Begitulah lebih kurangnya kata Penang Gazette yang bertarikh pada 16 haribulan ini. Tetapi kita patut bertanya apakah sebabnya Terengganu sejahteranya?

Sekiranya pertanyaan kita patut dijawab dengan mengatakan bahwa Terengganu negeri padi atau sebuah negeri yang tidak masuk di bawah pengaruh getah dan timah, rasanya patutlah juga Kedah, Perlis dan Kelantan sejahtera dari bahaya yang menimpa ke atas kepala kebanyakan penduduk negeri yang lain.

Sekiranya begitulah rahsia kesejahteraannya Terengganu, maka sahlah bahwa perusahaan padi itu ialah perusahaan yang kekal bagi keselamatan umum meski kita hidup di dalam alam yang berpengaruh ini.

Sekali persetua, jika kita tak salah di dalam tahun 1919 ketika itulah terjadi kekurangan beras di tanah Semenanjung dan meski harga getah berjalan di antara seratus dan seratus dua puluh ringgit dan meski kebanyakan kantung Melayu makmur pada masa itu, tetapi bahaya kebuluran itu boleh jadi terlebih dahsyat sebagaimana kita hidapkan hari ini kerana apa?

Pada fikiran kita ialah kerana kemakmuran makanana atau beras.

Kita masih ingat dewasa kekurangan beras kira-kira sepuluh tahun dahulu meski kebanyakan kantung Melayu bersusun-susun di dalamnya note yang biruan-hijau yang dahulunya biasa memilih beras Siam yang paling dan yang paling bersifat tak menghiraukan harganya kerana kerongkong mereka pada masa itu konon kesat ditempuh beras ranggut, tetapi akhirnya kebanyakan kerongkong Melayu itu pernah ditempuh bukan sahaja boleh nasi beras ranggut, malah nasi beras melukut atau beras hancur, beras merah, hingga bolehlah dikatakan menurut seada-adanya sahaja.

Kita masih ingat kedahsyatan kekurangan beras seratanya hingga berkehendak kepada urusan kerajaan dan kerana terjadi beberapa perkelahian di antara Cina dengan Melayu pada masa berbuat-buat membeli beras di kedai-kedai tauke-tauke tulang belakang kita. Pasa masa itulah ikhtiar membeli beras dengan tiket itu dijalankan, itupun bahana kebulur itu masih terpaku di dalam tiap-tiap hati, iaitu tiap-tiap hati yang di luar golongan jajahan sawah atau bendang.

Rata-rata Melayu-Melayu yang berada di dalam golongan sawah atau bendang, bolehlah dikatakan tak tahu sama sekali di Ulu Langat di dalam Selangor, kebanyakan kampung-kampung di dalam Negeri Sembilan seperti Rembau, Jempul dan yang seumpamanya, istimewa lagi negeri Perak itu tetap tidak bergoyang malah ketua-ketua atau penghulu-penghulunya bekerja menjaga keselamatan mereka dengan melarang bahwa padi atau beras itu tidak dibenarkan dibawa keluar dari kawasan mereka.

Sekiranya Terengganu makmur pada masa kesusahan ini kerana kemewahan padi di sana, tidaklah kelak akan menjadi kehairanan kepada kita tetapi kita berharap akan dijadikan dia sebagai contoh yang patut ditiru oleh negeri-negeri yang lain bagi keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya.