Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 18 Apr 1931, p.5

General Article.

Tanah Kawasan Melayu.

Suara suratkhabar-suratkhabar dan majalah-majalah Melayu ada diperhatikan oleh Kerajaan.

Dalam Mesyuarat Federal Council yang telah diadakan pada 13 haribulan April ini Yang Berhormat Datuk Sedia Raja Abdullah Undang Rembau telah bertanya: Bolehkah Kerajaan kiranya menyatakan:

1. Berapa banyak tanah-tanah kawasan Melayu ((Malay Reservations)) telah diadakan daripada tanah kerajaan semenjak tahun 1927 hingga masa ini dalam masing-masing negeri dalam Negeri Persekutuan dan berapakah jumlah luasnya tanah itu dalam masing-masing negeri?

2. Daripada jumlah yang telah dijadikan tanah kawasan Melayu itu, berapa banyak yang telah diberikan ((dikeluarkan)) dalam masing-masing negeri?

3. Jumlah banyaknya tanah kawasan Melayu yang telah diadakan dari tanah kerajaan semenjak tahun 1927 hingga masa ini seperti berikut:

Negeri : Bilangan Tanah Kawasan Melayu : Luasnya ((Ekar)) : Perak : 26 : 122,078 : Selangor : 14 : 33,626 : Negeri Sembilan : 20 : 63,037 : Pahang : 13 : 238,665 : Jumlah : 73 : 457,406 :

Jumlah itu termasuklah tanah yang telah dikeluarkan dan yang belum dikeluarkan ((yakni yang belum bertuan)) selain daripada itu lebih kurang 21,629 ekar tanah ditambah pada tanah-tanah kawasan Melayu di Pahang yang telah diadakah dahulu dari tahun 1927. Tidak dapat diketahui berapakah banyaknya daripada jumlah yang tersebut itu yang telah dikeluarkan ((diberikan kepada Orang Melayu)) tetapi jumlahnya semuanya sekali termasuk tanah kawasan-kawasan Melayu yang telah diadakan dahulu dari tahun 1927 seperti berikut:

Negeri : Luas Tanah Kawasan Melayu : Luas yang telah dikeluarkan kepada Melayu : Perak : 1,738,688 : 233,509 : Selangor : 214,794 : 121,013 : Negeri Sembilan : 515,002 : 161,041 : Pahang : 680,699 76,832 : Jumlah : 3,149,183 : 592,395.