Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 21 Mar 1931, p.4

Local News.

Perkhabaran Kelantan.

Dari Seorang Penulis.

Mujurnya dengan pertolongan Allah subhanahu wa-ta`ala pada tahun ini barangkali padi jadi jenuh dan terlepaslah rakyat-rakyat daripada kelaparan sebab sedikit bulan dahulu beberapa rakyat-rakyat yang di sebelah darat atau ulu Kelantan makan nasi sekali sehari sahaja.

Tetapi sungguh pun sedemikian kepayahan rakyat tiada sabar pihak kerajaan di atas cukai mahsulnya sebagaimana dahulu demikian jua dijalankan dengan himpitan yang keras iaitu pada 3 haribulan Januari ini telah dimulainya mengutip hasil-hasil tanah bagi tahun 1931 ini di darat-darat tidak tersabar ia menantikan hingga musim mengetam biasa-biasa dahulu dan tiada lemah atau kurang perjalanan undang-undang di atas serba-serbi, ialah tiada menaruh timbangan tentang masa kepayahan yang bersungutan yang tiada pernah dirasai oleh dunia pada masa dahulu-dahulu.

Bayaran hasil motokar telah dinaikkan berganda-ganda dan lesen penjalannya pun demikian jua. Maka pula suku daripada ketinggian bayaran-bayaran itu asalkan ada kemurahan bagi rakyat-rakyat mendapat "pas" keretanya syukurlah jua mereka itu.

Maka pada tahun ini bersungutlah sekaliannya dan timbullah kepanasan atau sakit hati mereka itu.

Naib Pendaftar bagi kereta-kereta yang ada ini adalah ia seorang muda yang hebat termashyur ia tentang cawangannya dan kelawanannya dan sangat ia berkenan kepada barang-barang yang cantik-cantik dan mahal-mahal dan cenderung ia kepada perangai kebaratan. Maka dengan sebab perangainya yang sangat bersih itu, dipaksanya supaya motokar-motokar yang mana boleh diperintahnya dijalankan pentadbiran dengan selicin-licin selera mengikut keadaan bandar Paris atau London, pada halnya bandar Kota Baru ini belum lagi dengan kiranya atau pandangan satu peratus boleh bertanding dengan bandar yang telahlah bersih itu.

Sepatutlah digunakan akal fikirannya yang bijak iaitu barang yang munasabah dengan negeri dan rakyat Kelantan dan biarlah ada ketua-ketua mempunyai atau melatihkan tambang-tambang bas janganlah menunjukkan "akulah undang-undang" dan "lurus aku seperti benang sifat", dengan menjalankan undang-undang licin ikut undang-undang larilah rakyat, daripada mencari kehidupan yang sebenar jadilah mereka itu pemalas dan tahi judi dan mencuri menyamun adanya.

Encik Budu.