Saudara extract
bibliographical notes on Saudara
index of Saudara extracts
    • locate in index of extracts taken from Saudara

 

Saudara, 8 Oct 1930, p.9

General Article.

Kesusahan Malaya.

Saudara 93 yang bertarikh 23.8.30 menyusunkan perkhabaran yang dipetiknya dari Penang Gazette bahwa Terengganu terlepas daripada cengkaman kesusahan mengharungi dan menyelimuti Malaya oleh kemuraman timah dan para shares ini. Oleh ditakuti perkhabaran itu kelak membawa kepercayaan umum dan menarik perhatian mereka-mereka korban sedap ((murah)) menyelenggarakan halnya.

Ke Terengganu biarlah kita menerangkan di sini bahwa Terengganu tidak luput jua daripada pengaruh itu tetapi dipercayai adalah berkurangan dari rakannya kerana sebab yang diterangkan di bawah ini:

1. Getah dan Timah bukannya pintu kehidupan ramai ((yakni tak sampai 25 peratus yang berharapkan berkhasiat)).

2. Bercucuk-tanam sayur-sayuran kewajipan tiap-tiap hari tidak dipulangkan kepada bangsa lain malahan jika adapun tidak diterima oleh anak negeri bagi makanan.

3. Pekerjaan ke laut di dalam genggaman Melayu.

4. Tukang-menukang tak dibela oleh bangsa lain.

5. Urusan pasar-pasaran sama direbut.

Terengganu bukannya sebuah negeri yang boleh mampu atas faedah tanaman padinya sendiri, tetapi diharapkan boleh jadi di dalam masa yang tidak berapa laun lagi kerana haluan dipisah juga bertugas hala ke situ.

Kashirul-Salam,

Debu Kemaman.

Pengarang. Tidak sekali-kali kita meredakan tulisan kita itu supaya manusia menyelenggara ke Terengganu tetapi dimeredakan dia supaya negeri-negeri yang lain itu mencontoh Terengganu dalam hal perusahaan padi.

Berkebanggaan hati kita mendengarkan bahwa kebanyakan perusahaan Terengganu itu masih di dalam genggaman Melayu. Genggamlah dengan seberapa cermat sebelum lucut dari tangan.

Jaga-jaga bangsa-bangsa luar itu kelak menumpang-numpang di celah-celah kebun atau sawah-huma, kemudian dipegangnya dan tak berapa lama lagi dibelinya langsung. Apabila bangsa-bangsa luar itu bercampur satu-satu selang sepuluh atau lima belas bidang sawah mulailah mereka berternak babi, lembu dan bangsa seumpama yang kelak sangat-sangat dibenci oleh kaum Melayu yang bercucuk-tanam dan aman pun berkurangan akhirnya cabut angkat kaki dari situ.