Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 15 Apr 1934, p.3

Feature Article.

Enggan bekerja Tukang-Tukang Jahit Pulau Pinang 500 Orang Ahli-Ahli Bekerja Menuntut Gaji yang Lebih.

Orang-orang kerja tukang-tukang jahit bangsa Cina Pulau Pinang yang telah tiada berpuas-hati di atas gaji-gaji mereka itu sekarang ini telah membuat beberapa tuntutan-tuntutan daripada tauke-tauke mereka itu. Dan jika tiada mendapat jawapan yang memuashati, mereka akan membuat gerak enggan bekerja.

Ada lebih daripada lima buah kedai-kedai tukang-tukang jahit di Pulau Pinang dan adalah dikatakan bahwa satu enggan bekerja seperti yang telah dicadangkan itu akan termasuk di antara empat lima ratus orang-orang ahli-ahli kerja.

Sedikit bulan yang lalu, orang-orang kerja yang bekerja di kedai-kedai jahit Cina telah mendirikan satu persatuan di Chulia Street. Yang menjadi satu kesudahan daripadanya ialah mereka telah memperhadapkan satu permintaan kerana gaji yang lebih daripada tauke-tauke mereka itu.

Satu perdamaian telah dilakukan pada waktu itu dan persatuan itu telah berhenti daripada bekerja menjadi satu kumpulan yang bergerak.

Baru-baru ini, tampaknya orang-orang kerja itu telah menghidupkan semula persatuan itu supaya hendak mengangin-anginkan apa yang mereka berasa menjadi sungutan mereka di atas tauke-tauke mereka.

Dan pada minggu yang lalu, mereka telah mengadakan satu mesyuarat di bawah pernaungan persatuan mereka itu di mana mereka telah memutuskan hendak membuat beberapa tuntutan berkenaan dengan pekerjaan mereka itu.

Tuntutan-tuntutan ini termasuk dinaikkan gaji mereka yang ada sekarang ini hingga 90 peratus daripada yang dibayar dalam tahun 1925. Yang ini akan menerima bahwa daripada dibayarkan 18 sen kerana menjahit sehelai baju yang daripada jenis kapas yang biasa, maka mereka patut menerima 27 sen dan kerana sehelai seluar yang daripada jenis itu jua mereka itu patut dibayar 15 sen. Jikalau kain pelatil atau tweed, 80 sen. Kerana sehelai baju dan 60 sen, tidak 40 sen kerana sehelai seluar.

Lain-lain tuntutan itu termasuk bekerja selama delapan jam sehari, supaya mereka boleh mendapat lebih banyak kelapangan kerana bermain, $4 sebulan kerana makanan dan lagi tauke-tauke mereka patut membayar perbelanjaan-perbelanjaan gunting rambut mereka.

Tuan-tuan punya kedai-kedai jahit Cina yang telah diberi kenyataan oleh ahli-ahli kerja mereka itu, telah mengadakan satu mesyuarat pada hari Ahad. Apa-apa yang telah berlaku di majlis mesyuarat ini telah tiada diberitakan kepada akhbar-akhbar, tetapi telah dipertetapkan bahwa tuan-tuan punya itu akan memberi satu jawapan kepada orang-orang kerja mereka itu.

Persatuan orang-orang kerja tukang-tukang jahit akan mengadakan lagi satu mesyuarat apabila sahaja mendapat jawab daripada tauke-tauke mereka kerana merundingkan syarat-syarat jawapan mereka. Dan jika sekiranya tawaran mereka itu boleh diterima, maka enggan bekerja yang diuguti itu boleh dielakkan.

Seorang tukang jahit yang terbilang di Bishop Street telah berkata bahwa tuan-tuan punya telah memutuskan hendak menolakkan tuntutan-tuntutan orang kerja mereka dalam semuanya dan bahwa mereka itu berniat hendak menghukumkan seorang daripada ketua-ketua enggan bekerja yang dicadangkan itu.

Jika sekiranya orang-orang berkeras-keras juga dalam bawaan mereka itu pada perbuatan ini, tentulah akan bermakna sedikit kehilangan perniagaan dan setengah daripada pesanan-pesanan mereka kerana pakaian-pakaian akan terpaksa ditahan.

Tetapi mereka itu bertetap hati hendak membuat pekerjaan itu sendiri, lebih baik daripada mengabulkan tuntutan-tuntutan ini.