![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Majalah Guru, Aug 1930, p.157
General Article.
Kewajipan Kita Orang Sekarang.
Tampaknya kaum kita Melayu dari awal kurun yang keduapuluh ini telah banyak yang sedar akan kejatuhan mutu bangsanya -- tidaklah seperti di kurun-kurun yang lepas dahulu. Kerana masa ini nampaknya dari pun kanak-kanak yang masih bersekolah hingga yang setua-tuanya banyaklah yang telah mengeluarkan buah fikirannya masing-masing di dalam surat-surat khabar dan majalah-majalah kaumnya sendiri, iaitu menyeru, menasihat, menyuruh dan mengajak sekalian kaum bangsanya ke medan kemajuan dan tamadun. Saya harap begitulah hendaknya sampai bila-bila pun ... sehingga pangkat "Sudah Maju" itu tersandang oleh kaum dan bangsa kita Melayu.
Tetapi satu perkara yang saya rasa tidak puas hati atau tak setuju kepada kebanyakan orang-orang sekarang iaitu lupa akan kewajipan sendiri. Apakah kewajipan kita orang sekarang itu? Ialah ((1) pandai bekerja, bekerjalah betul-betul sampai pandai -- jangan bertangguh-tangguh juga lagi. ((2) meninggikan orang yang sudah tinggi dan meninggikan orang yang belum tinggi -- yakni orang atas tolong tarik orang bawah dan orang bawah wajib mengampu orang atas. Tegasnya tolong-menolong atau bekerja sama-sama. Begitulah mesti dilakukan jika berkehendakan kemajuan -- bukan melepaskan pucuk masing-masing atau bagi faedah diri sendiri sahaja!
top |