Majalah Guru extract
bibliographical notes on Majalah Guru
index of Majalah Guru extracts
    • locate in index of extracts taken from Majalah Guru

 

Majalah Guru, Feb 1930, p.40

General Article.

Yang Amat Bahagia Datuk Bentara Luar Encik Muhammad Ghazali bin Muhammad Ariffin Ketua Pejabat Pelajaran Kelantan yang telah bersara ((1900-1930)).

Ringkasan Tarikhnya.

Encik Muhammad Ghazali telah diperanakkan dalam bandar Singapura pada tahun masehi 1877 dan telah tamat pengajiannya di Raffles Institution pada tahun 1896, lalu bekerja dalam gudang Guthrie Company menjadi kerani dan juru tulis Melayu kepada Consul-General Siam di Singapura hingga tahun 1900. Berpindah ke Patani menjawat jawatan Setiausaha Sulit kepada Raja Patani.

Kemudian berpindah pula ke Kelantan dan menjawat pekerjaan itu juga serta menjadi guru kepada putera Raja Kelantan, iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail sekarang.

Pada tahun 1903, Kerajaan Kelantan mulai membuka sekolah. Encik Muhammad Ghazali dijadikan ketuanya serta juga menjaga pekerjaan pejabat Post dan Telegraph. Maka pada hari kemahkotaan baginda King George, ditabalkan Raja Kelantan menjadi Sultan ((Sultan Muhammad Yang Keempat)) dan diangkatkan Encik Muhammad Ghazali jadi Datuk Bentara Luar.

Pada tahun 1916, ia menjawat pekerjaan Hakim di Mahkamah Besar dan menerima bintang S.M.K. ((Seri Mahkota Kelantan)). Dalam tahun itu jua dibuka Majlis Ugama Kelantan dan ia terpilih menjadi seorang daripada anggotanya.

Pada tahun 1920, Datuk Bentara Luar dianugerahi bintang Datuk Paduka Mahkota Kelantan ((D.P.M.K al-Muhammad IV)) pada tahun 1924 ia menjawat jawatan Pegawai Daerah ((D.O.)) di Ulu Kelantan dan pada tahun 1926, menjadi Ketua Pelabuhan ((Harbour Master)) di Tumpat.

Ia seorang daripada Ahli Football Melayu yang awal di dalam Singapura, bersama dengan Yang Berhormat Encik Muhammad Eunos Abdullah, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri Selat pada masa keduanya bersekolah di Raffles School. Dan ialah seorang yang mula-mula mengatur temasha "sport" dan tari-menari dalam kelab-kelab Kelantan dan jua menunjukkan segala peraturan pakaian-pakaian cara Barat.

Pendeknya, Yang Amat Bahagia Datuk Bentara Luar Encik Muhammad Ghazali bin Ariffin ini seorang yang berjasa besar di atas negeri Kelantan, serta pendidik dan pemimpin putera-putera Kelantan Darul Naim. ((Kiriman)).