Majalah Guru extract
bibliographical notes on Majalah Guru
index of Majalah Guru extracts
    • locate in index of extracts taken from Majalah Guru

 

Majalah Guru, Jan 1930, p.12-13

General Article.

Tuntutan Bangsa Asing di atas Jawatan Memerintah Negeri.

Dalam Majlis Mesyuarat Legislative Council yang telah diadakan pada hari Isnin 9 Disember yang lalu. Di antara beberapa perkara dibincangkan, maka Yang Berhormat Mister Lim Cheng Inn [?] telah mendesak menyebut lagi tentang tuntutan orang-orang Asiatic di atas Jawatan Memerintah Negeri ((Malayan Civil Service)). Ia meminta supaya perkara ini ditimbangkan benar-benar, dan peraturan yang telah diperbuat dengan tidak dipersetujui oleh kemahuan dan kehendak orang negeri ini patutlah diubah.

Yang Berhormat Tuan Acting Colonial Secretary telah menjawab mengatakan adalah pertanyaan itu suatu perkara yang susah. Ia tidak bersedia hendak memberi jawab yang terang, jika tidak diberi tempoh yang cukup. Ia telah meminta supaya Mister Lim Cheng Inn membawa lagi perkara itu di dalam Mesyuarat sekali lagi dan jua supaya memberi peluang yang cukup kepada Kerajaan untuk menimbangkan jawabnya. Dalam suatu makalah pengarang akhbar "Malay Mail" berkenaan dengan perkara di atas ini, di antara lain-lain ia telah berkata lebih kurang: "Adalah perkara itu jika sekalipun ditimbangkan wajiblah tertentu bagi negeri-negeri Selat sahaja ((tidak akan mengesel Negeri-Negeri Melayu)). Dalam pada begitu pun, anak-anak Melayu Negeri-Negeri Selat itu ditimbangkan lebih dahulu daripada bangsa-bangsa asing."

((Masalah anak-anak Melayu negeri Selat itu lebih pintar dan lebih tinggi pelajarannya daripada anak-anak mereka itu. Jika tidak .... boleh kedai juga! Dan lagi, dalam perkara timbang-menimbang itu, ada kalanya tidak juga gilirannya. Maka "Suara" Melayu dalam Mesyuarat itu hanya sedikit. Apakala telah dapat mereka itu berpijak di atas jawatan itu di Negeri Selat, didongengnya pula lagi minta ke negeri Melayu -- lulus benang, lulus kelindan -- yang baiknya ditutup dengan rapat sahaja -- Habis Perkara! Pengarang.))

Dalam Rencana Pengarang "Warta Negeri" pula di antara lain-lain katanya, "Kerajaan sudah bersusah payah menghuraikan jawapannya, akan tetapi jawapan itu tidak berapa diingat nampaknya oleh mereka yang senantiasa dan tak jemu meminta itu hingga menjadikan patut pula, eloknya ditubikan dengan jawapan itu, itu jua balik pada tiap-tiap kali ia meminta itu ... " Kemudian katanya lagi, "Tentu sekali lojiknya ada ahli mereka yang lain pula lagi akan menyuarakan permintaan itu di Mesyuarat yang akan datang kelak. Maka jadilah perkara itu seperti suatu percubaan yang amat berat jua menentang di muka Tuan Yang Terutama Sir Cecil Clementi, apabila ia mulai menduduki kerusi Gabenur Negeri Selat dan High Commissioner bagi Negeri-Negeri Melayu ini pada awal bulan Februari 1930 esok ....".