![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Majalah Guru, Jun 1930, p.119
General Article.
Bangsa Asiatik dengan Civil Service Lagi!
Dalam keluaran majalah "Review of Malaya" bagi bulan Januari 1930, yang diterbitkan di Singapura, pengarangnya, Tuan Cornivall Roberts [?] telah menghentam bangsa-bangsa Cina, Indian dan Eurasian dengan menerangkan sepatut-patutnya menunjukkan yang mereka itu tiada layak diterima masuk ke dalam jawatan memerintah ((Malayan Civil Service)). Ia menulis itu dengan berterus terang dan cukup berani dan disertakannya pula dengan gambaran-gambarannya sendiri. Orang-orang Melayu saat ini, katanya, tiada bercita-cita sekali hendak masuk ke dalam jawatan memerintah itu, dan orang-orang Melayu di negeri Melayu -- katanya pula -- ramai yang telah mendapat pekerjaan dalam jawatan Civil Service negerinya. Tetapi mereka itu tidak berapa menunjukkan kelayakannya, lagipun mereka itu leka dengan mengenangkan kebesaran pangkatnya sahaja -- ingatkan diri sudah jadi D.O. dan A.D.O. dan Magistrate sahaja.
top |