![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Majalah Guru, Mar 1930, p.48-49
General News.
Beri Pelajaran Free Kepada Semuanya!
Suratkhabar "Penang Gazette" yang selalu menyokong kemahuan-kemahuan bangsa-bangsa Cina, Keling, dan Nasrani di Tanah Melayu ini telah mengatakan yang kanak-kanak semua bangsa dari umur 6 tahun hingga 16 tahun patut dipaksa mengaji sekolah dengan tiada apa-apa bayaran. Sekarang katanya, Melayu sahaja yang dapat "free" seperti dikehendakkan itu. Terutama sekali katanya, orang-orang Eurasian mana yang miskin tidak dapat menghantar anak-anaknya mengaji hingga berumur 9 atau 10 tahun, iaitu ketika sudah lewat sangat.
Kita tidak tahu jika yang demikian itu boleh dibenarkan oleh Kerajaan British di Negeri-Negeri Selat. Tetapi kita tentu percaya yang raja-raja kita di negeri-negeri Melayu tidak akan mempersetujui cadangan "Penang Gazette" itu. Anak-anak Melayu sekarang dipaksa belajar dengan mendapat "free" ialah di dalam bahasa sahaja ((Bahasa Melayu)). Bolehkah pula di Tanah Melayu ini Kerajaan Melayu hendak memaksa dan membelanjakan segala pelajaran anak-anak dagang dalam bahasanya masing-masing, iaitu Cina dengan dalam Bahasa Cina, Serani dalam Bahasa Portugis dan Keling dalam Bahasa Tamil???
top |