Majalah Guru extract
bibliographical notes on Majalah Guru
index of Majalah Guru extracts
    • locate in index of extracts taken from Majalah Guru

 

Majalah Guru, Apr 1932, p.40

General Article.

Apakah Tujuan dan Kegunaan Wang Kepada orang-orang Hartawan?

Sekiranya kita menungkan tujuan dan kegunaan wang itu, pasti didapati begini: 75 percent bagi pihak sendiri dan 25 percent buat kegunaan umum:

Bagi pihak sendiri itu terbahagi pula:

40 percent buat untuk makanan dan pakaian seisi rumah :

20 percent buat untuk belanja anak-anak menuntut ilmu :

10 percent buat untuk bekalan tua :

5 percent buat untuk bersuka-sukaan masa muda.

Bagi khairat atau kebajikan umum itu:

5 percent buat untuk mendirikan tempat pelajaran ugama dan dunia :

5 percent buat untuk mendirikan rumah sakit :

5 percent buat untuk mendirikan rumah kitab atau perpustakaan :

5 percent buat untuk masjid :

5 percent buat untuk menolong dan mencadangkan apa-apa yang patut ditolong, manakala ditimpa oleh sesuatu kesusahan atau kemalangan di atas bangsa dan negeri.

Anak Negeri Pahang.