![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Majalah Guru, Apr 1932, p.40
General Article.
Persekutuan Guru-Guru Melayu Selangor.
Mesyuarat Agung Persekutuan Guru-Guru Melayu Selangor akan diadakan di Sekolah Melayu Kampung Baru Kuala Lumpur pada pukul 1 petang 27 haribulan March 1932.
Perkara-perkara yang hendak dimesyuaratkan:
1. Mensahkan butir-butir mesyuarat agung yang lalu:
2. Membentangkan kira-kira wang persekutuan :
3. Memilih pegawai-pegawai bagi tahun 1932 :
4. Memikirkan hadiah-hadiah yang patut diberi: seperti permainan badminton, football, catur, dam, dan sebagainya di antara Guru-Guru Selangor :
5. Badge dan Blazer Persekutuan :
Peraturan yang telah ditetapkan pada hari ini:
1. Dari pukul 8 hingga 11 pagi perlawanan badminton guru-guru :
2. Pukul 1 petang mesyuarat agung :
3. Pukul 5 petang perlawanan football guru-guru :
Muhammad Amin bin Taib, Setiausaha G.M.S. ::
Di bawah ini disiarkan salinan kira-kira wang Persekutuan Guru-Guru Melayu Selangor tahun 1931 bagi pengetahuan ahli-ahlinya:
1. Bagi wang di dalam bank akhir December 1931 : $1899.23 :
2. Jumlah wang yang masuk bank dalam tahun 1931 : $1438.23 : Jumlah : $3,337.46.
Perbelanjaan dan baki wang dalam bank :
1. Wang yang telah dibelanjakan dalam tahun 1931 : $891.30 :
2. Baki wang yang ada dalam bank akhir December 1931 : $2446.07 : Jumlah : $3337.46 :
Daftar Pungutan wang daripada tiap-tiap jajahan dan perbelanjaan bagi tahun 1931 :
Pendapatan : Jumlah Kecil : Jumlah Besar :
Bagi wang dalam bank akhir December 1930 : $1899.23 :
Jumlah yuran dari jajahan Kuala Lumpur : $329.00 :
Jumlah yuran dari jajahan Kelang : $145.32 :
Jumlah yuran dari jajahan Hulu Langat : $210.27 :
Jumlah yuran dari jajahan Kuala Langat : $182.30 :
Jumlah yuran dari jajahan Hulu Selangor : $168.60 :
Jumlah yuran dari jajahan Kuala Selangor : $219.10 :
Jumlah yuran dari jajahan Sabak Bernam : $64.50 : $1,319.09 :
Wang yang dikembalikan lebih dari : $50 : $11.42 :
Interest dari bank : $107.72 : $119.14 :
Perbelanjaan : Jumlah Kecil : Jumlah Besar :
Yuran mengecap Majalah Guru January -- December : $510.50 :
Belanja cap mengecap segala resit-resit dan lain-lain : $45.94 :
Hadiah kematian tidak ada tahun ini :
Bantuan sport dan final senaman : $50.00 :
Jamuan Teh, belanja-belanja committee dan auditor : $159.90 :
Bantuan pada S.S. Kelab dan lain-lain : $125.05 : $891.39 :
Wang dalam bank akhir December 1931 : $2,446.07 :
Telah diperiksa kira-kira ini didapati semuanya betul dan bersetujuan.
Pemeriksa Kira-Kira : Muhammad Wali Markaya : Penyimpan Wang : Muhammad Kassim :
Setiausaha Yang Kehormat : Muhammad Amin bin Taib :
Persekutuan Guru-Guru Melayu Negeri Sembilan :
Kerana kekurangan tempat tidak kita memuatkan balance sheet atau kira-kira wang Persekutuan Guru-Guru Melayu Negeri Sembilan bagi tahun 1931, hanya yang dapat kita menyatakan ialah bagi wang di dalam bank pada 31 December 1931, banyaknya $4,693.88, tetapi daripada jumlah ini sebelum dikeluarkan perbelanjaan jamuan mesyuarat agung dan sport guru-guru yang diadakan pada 31.12.31.
Wang Majalah Guru di dalam bank pada 31 December 1931 mengikut catitan dalam pass book berjumlah $3,947.30.
top |