Majalah Guru extract
bibliographical notes on Majalah Guru
index of Majalah Guru extracts
    • locate in index of extracts taken from Majalah Guru

 

Majalah Guru, Feb 1932, p.39

Biographical Feature.

Tuan Haji Muhammad Idrus Sulaiman, Manager Akhbar "Bahtera" dan Persama Press, Penang.

Tuan ini seorang muda yang berhati murah dan ikhlas telah menghadiahkan kitab-kitab kepada murid-murid dalam 12 buah sekolah Melayu daripada perkumpulan Bandar I, II dan Bayan Lepas Pulau Pinang iaitu murid-murid darjah IV yang dapat markah tinggi dalam peperiksaan besar akhir tahun 1931.

Atas kemurahan Tuan yang termaklum ini tidaklah dilupai oleh guru-guru dan murid-muridnya serta ibu bapa murid-murid itu juga, melainkan tersimpan kekal beberapa lama serta mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Dalam tarikh baru Pulau Pinang, tuan-tuan yang telah menghadiahkan buku-buku dan kitab-kitab kepada murid-murid Sekolah Melayu Pulau Pinang telah jadi tiga nombor: pertama, Tuan Muhammad Yusuf bin Sultan Muhyiddin, bagi murid-murid Sekolah Chowrasta, kedua Tuan punya Jelutong Press iaitu Tuan Sheikh Syed al-Hadi bagi murid-murid Sekolah Perempuan Jelutong, dan ketiga Tuan Haji Muhammad Idrus Sulaiman ini.