Majalah Guru extract
bibliographical notes on Majalah Guru
index of Majalah Guru extracts
    • locate in index of extracts taken from Majalah Guru

 

Majalah Guru, Feb 1932, p.40

General Article.

Majalah Guru diturunkan harganya 25 Februari.

Menurut keadaan sekarang: mulai dari bilangan ini ((Februari 1932)), Majalah Guru diturunkan harganya 25 peratus, daripada harga biasa. Ertinya, harga biasa 40 sen satu naskah jadi 30 sen dan harga langganannya setahun $4.00 jadi $3.00, dan enam bulan $2.25 jadi $1.70. Tuan-tuan langganan yang telah membayar $4.00 buat satu tahun dari January 1932 akan dilanjutkan tempohnya hingga bulan March 1933, dan yang telah membayar $2.25 untuk enam bulan dari Januari 1932 akan dilanjutkan sehingga bulan Ogos 1932.

Dengan perubahan ini telah menyenangkan ahli-ahli langganan dan pembeli-pembeli daripada wakil-wakil menjualnya.

Berkehendakan Pengarang dan Pengurus Majalah Guru.

Barangsiapa di antara Encik-Encik Guru yang di dalam Persekutuan-Persekutuan Majalah Guru ini yang cekap dan sanggup hendak menggantikan jawatan pengarang dan pengurus Majalah Guru yang lama, silalah menulis surat kepada kita atau kepada Yang diPertuan Persekutuan atau pun kepada Penolong Nazirnya. Dari kerana penimbang-rasa itu, kita ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan dengan segala senang hati kita menyerahkannya.

Managing Editor, Majalah Guru.