Majalah Guru extract
bibliographical notes on Majalah Guru
index of Majalah Guru extracts
    • locate in index of extracts taken from Majalah Guru

 

Majalah Guru, Jun 1932, p.118-119

General Article.

Tanah Melayu bagi Melayu. Fikiran surat khabar "Malacca Guardian". ((Dipetik dari "Malay Mail" tarikh 27.4.32))

Kita petik mana-mana pati yang patut sampai kepada telinga orang-orang Melayu, dan yang lain itu boleh difikirkan sahaja, katanya,

Adapun teriak sahutan yang Tanah Melayu bagi Melayu itu telah melampaui daripada had. Orang-orang negeri peranakan yang telah menolong menjadikan negeri ini kaya dan makmur ada mempunyai sebab tiada menyukakan fikiran yang hendak merebut hak-hak mereka itu yang betul.

Orang-orang Cina, Hindi, dan Ceylon telah dijemput datang ke negeri ini supaya membuka akan dia dan mereka itu telah meninggalkan negerinya kerana bekerja di dalam lombong-lombong dan membuka negeri. Kereta-kereta api negeri-negeri Melayu Persekutuan, jalan raya yang cantik dan kemajuan negeri ini yang dirasa sekaliannya itu terdiri seperti tanda atau binaan yang menunjukkan kerajinannya dan usaha mereka itu. Mereka itulah orang-orangnya yang telah menjadikan Tanah Melayu seperti yang ada sekarang ini.

Orang-orang peranakan peringkat yang muda-muda ((yang sedang naik sekarang ini)) tengah diberi pelajaran menjadi rakyat negeri ini dan sedia akan mengambil bahagiannya tentang membuka dan memajukan negeri ini. Bukannya jadi kutu simpang, hidup di atas usaha bangsa-bangsa yang lain.

Bangsa-bangsa yang telah diam di sini telah penat menyeru supaya dapat timbangan kasih mesra dan sekarang telah sampai masanya bagi mereka itu menuntut dengan kuat, supaya hak diakui. Suatu puak "Rakyat Malayan" telah menjadi dan orang-orang Cina, Hindi, dan Ceylon yang telah berketetapan di sini hendaklah berlawan kuat kerana mendapat hak-haknya sebagai rakyat negeri ini.

Bukannya jadi kutu simpang, hidup di atas titik peluh dan usaha bangsa-bangsa yang lain! "Titik Peluh" itu kita tambah sendiri perkataan itu terang sekali sendirinya!!