![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Majalah Guru, Jun 1932, p.105
General Article.
Permenungan untuk Guru.
Tampaknya segala Persekutuan-Persekutuan Guru-Guru Melayu yang telah diadakan di Semenanjung ini makin sehari makin dibesar-besarkan juga. Apakah tujuanya dan kegunaannya? Kalau kita menungkan sebentar, adalah begini:
1. Biarlah bererti perkataan "Guru" itu kepada yang sebenar-benarnya. Iaitu boleh membawa pertunjukan kepada bangsanya dan tanahairnya.
2. Kalau guru-guru tidak mahu bersekutu, dan bersyarikat sama sendirinya, nanti dipandang oleh anak-anak muridnya kurang penting. Lebih jauh diperkatakan "Sedangkan guru-guru kita tak mahu bersekutu dan bersyarikat", bagaimanakah pula kita hendak membuatnya? Seolah-Slah ibu ketam menyuruh anaknya berjalan lurus, pada hal ... nah! Fikirlah oleh kita Guru-Guru Semenanjung!
3. Kerana berdirinya Persekutuan Guru-Guru Melayu itulah makanya jadi nama guru hidup bersemangat, dan bila bersemangat akan subur perdiriannya. Bila kalau sudah subur dan gemuk tak dapat tiada banyaklah kehasilan yang dikeluarkannya. Maka buah penghasilan itulah kita sedang mencintai. Sekarang mudah-mudahan dapat dikecap dan dirasai oleh anak cucu: kaum dan bangsa kita kelak di belakang hari!
4. Semasa ini Persekutuan Guru-Guru Melayu kalau dibandingkan di antara Persekutuan-Persekutuan Melayu, boleh dikatakan tegap dan kuat telah beroleh kejayaan dan kemajuan yang sederhana, iaitu telah ada mengeluarkan tanda semangat Guru-Guru Melayu itu telah kukuh.
Segala-segalanya itu ialah dikeranakan oleh guru-guru ((ahli-ahlinya)) bersetia dan sama-sama melorongkan kepada jalan kajian dan sampai kepada cita-cita, bukan?
top |