Majalah Guru extract
bibliographical notes on Majalah Guru
index of Majalah Guru extracts
    • locate in index of extracts taken from Majalah Guru

 

Majalah Guru, May 1932, p.112

General Article.

Pemberitahuan.

Bahwa inilah bilangan Majalah Guru yang penghabisan dicapkan di al-Rauthah Press Seremban. Maka bilangan yang keluar kemudian daripada ini akan dicapkan di Selangor Press Kuala Lumpur.

Segala surat-surat yang berhubung dengan pengarang dan pengurus majalah ini dialamatkan ke Sekolah Melayu Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Diharap dengan perubahan ini akan menjadikan lebih-lebih menyenangkan kepada tuan-tuan pembaca serta juga akan bertambah-tambah kemajuannya Majalah Guru ini.

Majalah guru ini mula-mulanya dicapkan di Yoke Pung Press Seremban, iaitu dari bilangan bulan November 1924 hingga bulan Julai 1926. Maka dari keluaran bulan Ogos 1926 hingga bilangan ini -- Mei 1932, dicapkan di al-Rauthah Press Seremban. Dalam masa selama itu belum pernah satu kali pun pengeluaran Majalah Guru ini tergendala atau terlewat dari masanya yang ditetapkan. Meskipun ada jua beberapa kali telah menempuh kesusahan yang besar dan halangan yang berat berhubung dengan pengarangnya dan tempat mengecapnya, akan tetapi sekaliannya dapat dihindarkan dengan selamat.