![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Majalah Guru, Oct 1932, p.263-265
General Article.
Melayu dengan Pekan-Pekan di Semenanjung.
Adakah orang-orang Melayu itu hendak membiarkan pekan-pekan negerinya selama-lamanya penuh dengan bangsa-bangsa asing sahaja? Atau adakah mereka itu akan beransur-ansur mengambil bahagian diam dan bekerja di dalamnya? Kehidupan diam di pekan itu memanglah lebih susah dan berkehendakan kuat bekerja. Kerja yang dijalankan di pekan itu hampir-hampir semuanya tiada biasa orang-orang Melayu membuatnya. Ambillah contohnya seperti setengah yang disebutkan di bawah ini:
f. Membuka Kedai Beras dan Barang-barang Makanan :
h. Membuka Kedai Pinggan Mangkuk :
i. Membuka Kedai Buku-buku dan Surat-Surat :
b. Bertukang membaiki enjin-enjin motokar dan lain-lain :
c. Bertukang kayu ((perkakas rumah)) :
d. Membuat rumah batu, jambatan dan lain-lain :
e. Membaiki kawat-kawat telegraf, telefon dan elektrik :
f. Memasang dan membaiki paip air :
g. Menjadi tukang-tukang jahit dan kasut dalam kedai di atas :
h. Membuat dan membaiki pedati-pedati keretapi :
3. Mencari Wang dengan Ilmu Kepandaian :
a. Menjadi Doktor membuka kedai-kedai ubat :
c. Menjadi Pengarang buku-buku dan surat khabar :
4. Makan gaji dengan kerajaan :
a. Menjadi Pegawai-Pegawai Memerintah :
b. Menjadi kerani-kerani dalam sekalian pejabat :
d. Menjadi Guru-Guru di Sekolah Inggeris :
e. Menjadi dresser dan doktor dalam hospital :
5. Makan gaji dengan gudang-gudang dan kedai-kedai dan lain-lain :
a. Menjadi kerani di bank dan di gudang-gudang :
b. Menjadi kuli atau lainnya di kedai-kedai yang tersebut di atas :
c. Menjadi boy orang kaya dan lain-lain :
a. Menjual air batu, mee, sate, kacang goreng, kuih, ayam, telur, sayur, ikan dan sebagainya.
Sekalian itu tentu sekali belum habis disebutkan macamnya pekerjaan-pekerjaan yang boleh menghidupkan orang-orang yang tinggal di pekan dan sekaliannya itu boleh dikatakan perkara yang tiada biasa orang-orang Melayu yang ramai ((melainkan yang sangat sedikit diam di pekan)) membuatnya. Orang-Orang Melayu kita yang ramai sekali tinggalnya di kampung. Oleh sebab itu orang-orang Melayu yang ramainya sekali hanya tahu sedikit ilmu bertanam cucuk sahaja seperti bertanam padi, getah, ubi, keladi, buah-buahan dan sedikit-sedikit yang lain. Itupun boleh dikatakan tidak semangat ataupun belum sempurna.
Jikalau orang-orang Melayu itu berkehendak melebihkan bilangan bangsanya diam di pekan bersaing-bersaing dengan orang Cina dan Keling, wajiblah mereka tahu membuat pekerjaan-pekerjaan seperti yang di dalam daftar itu. Dan jikalau mereka itu berkehendak membuat kerja-kerja itu dengan elok dan sempurna, maka berkehendak mereka mempunyai otak fikiran yang berubah dan berlainan sekali daripada otak fikiran si penanam ubi keladi semata-mata.
Bagaimanakah anak-anak Melayu dari kampung itu boleh perlahan-perlahan belajar membuat sekaliannya itu? Yang akan jadi kerani, doktor, dan lain-lain ada belajar di sekolah Inggeris. Yang akan jadi tukang-tukang enjin ada berlatih di sekolah tukang ((Trade Schools)) dan di Central Workshop. Tetapi yang lain-lain itu boleh dikatakan tiada latihannya, bahkan tidakkan boleh diharap sekaliannya itu akan dilatih dan disudukan oleh kerajaan semuanya.
Wajib kita perhatikan yang dicarinya: kebanyakannya meminta kerja mata-mata, penjalan kereta ((drebar)), dan peon, mereka itu tiada mahu menjadi penjaja, jarang yang suka meminta jadi orang gaji ((boy)), agaknya oleh sebab tiada bangsanya membuka kedai-kedai yang termasuk dalam jumlah ((1) di atas.
Maka tiadalah mereka dapat meminta kerja-kerja makan gaji di situ oleh kerana tiada dapat mereka bekerja makan gaji di tempat-tempat itu. Maka tiadalah peluang-peluang mereka dapat belajar dan memerhatikan jalan-jalan bagaimana tuan-tuan kedai itu boleh mendapat keuntungannya.
Tetapi ada satu lagi tabiat orang-orang Melayu itu yang menahankan mereka tiada boleh maju, iaitu tiada tekun, boros ((tiada jimat)) dan tiada sabar apabila bertemu dengan sedikit-sedikit kesusahan.
Sebaik-sebaik guru bagi melatih tabiat yang demikian itu ialah pengetahuan dan kepicikan hidup. Kita tidak mengaku mencuba hendak memberi jalan-jalan yang terang bagaimana orang-orang Melayu itu boleh menambahkan bilangannya dalam segala cawangan-cawangan pekerjaan hidup di pekan, tetapi kita boleh berkata bahwa selagi orang-orang yang ramai di pekan-pekan itu bukannya orang Melayu, maka selama itulah negeri itu tergenggam di dalam tangan orang-orang bangsa asing yang ramai di pekan.
Kita tidak sekali-kali hendak menarik orang-orang di kampung itu meninggalkan pekerjaan tanahnya, bahkan kita menguatkan lagi supaya perusahaan di kampung dan di negeri itu ditambah elokkan lagi -- sebaliknya pula itulah dia tujuan melatih anak-anak Melayu dalam sekolah tanam-tanaman dan mengajar kanak-kanak berkebun dalam sekolah-sekolah Melayu.
Tetapi dalam pada itu, tentulah bilangan yang bertali harus menuju ke pekan itu tidakkan putus sama sekali. Maka di antara yang datang berniat mencari kehidupan di pekan inilah kita mengingatkan janganlah kiranya semuanya itu berniat hendak jadi kerani atau mata-mata atau drebar atau peon sahaja.
Pilihlah salah satu daripada pekerjaan-pekerjaan lain yang tersebut di atas dengan berniat dan bertekun menjadikan ia asas bagi kesuburan hidup Melayu yang akan datang.
Dan apabila bekerja mahulah tetapkan satu-satu dengan yakin -- jangan selalu rencam hati dan berpindah randah daripada suatu kerja kepada suatu kerja seperti berpindah randah orang-orang bukit dari suatu hutan ke suatu hutan: sehingga akhirnya bangsat, bodoh, dan sengsara kehidupan anak cucunya selama-lamanya.
top |