Majalah Guru extract
bibliographical notes on Majalah Guru
index of Majalah Guru extracts
    • locate in index of extracts taken from Majalah Guru

 

Majalah Guru, Sep 1932, p.257

Biographical Figure.

Encik Alias bin Yahya.

Pada hari Selasa 26.7.32 pukul 1 1/2 telah diadakan istiadat menyerahkan Surat Pengakuan Kehormatan ((Certificate of Honour)) serta sebuah Medal Emas kurnia daripada Yang Maha Mulia dan Maha Besar Baginda King kepada Encik Alias bin Yahya, bekas Guru Pelawat Jajahan Seri Menanti dan juga kepada Mr. Edmonds, bekas Pemimpin Wang ((Treasurer)) Kerajaan di Seremban dalam bilik Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.

Yang menyerahkan surat itu ke tangan Encik Alias serta mengalungkan Medal itu ke lehernya ialah Tuan Yang Terutama Tuan High Commissioner Negeri-Negeri Melayu. Ramai orang-orang besar-besar yang hadir dalam majlis ini. Diantaranya ialah Duli Yang Maha Mulia Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Tuan British Resident, Yang Berhormat-Berhormat Mulia Datuk-Datuk Undang Negeri Sembilan, Yang Berhormat Datuk Wong Yik Tong, Yang Maha Mulia Tuan Secretary kepada British Resident, Yang Berhormat Tuan Nazir Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan serta beberapa orang lagi raja-raja dan tuan-tuan yang terutama.

Gambar yang tertera di atas ini diambil sesudah selesai istiadat itu di mana Encik Alias telah turun dari Rumah Mesyuarat itu.

Encik Alias bin Yahya telah memegang Jawatan Guru Sekolah Melayu dalam Negeri Sembilan lebih kurang 33 tahun lamanya. Mula-mulanya iaitu dari tahun 1898 jadi Guru Besar Sekolah bagi Pinang Port Dickson. Tiga tahun kemudian, iaitu dalam tahun 1901, bertukar ke Sekolah Seri Menanti, dan dalam tahun 1907 bertukar ke Sekolah Kuala Pilah. Maka dalam tahun 1913, diangkat kan dia menjadi Senior Teacher ((kemudian pangkat itu tukar dengan gelaran Group Teacher)) melawat sekolah-sekolah dalam jajahan Rembau. Dalam 1925 ditukar ke jajahan Tampin ((duduk di Sekolah Johol)) dan dalam tahun 1928, ditukar ke jajahan Seri Menanti ((duduk di Sekolah Seri Menanti)). Hingga sampai masa ia bersara pada awal tahun 1931.

Jangan bersombong-sombong dengan kebijakan kamu, tetapi boleh bermegah-megah dengan kebolehan kamu!