Majalah Guru extract
bibliographical notes on Majalah Guru
index of Majalah Guru extracts
    • locate in index of extracts taken from Majalah Guru

 

Majalah Guru, May 1934, p.188-193

General Article.

Australia mengambil berat di atas perkara negeri-negeri yang berhampiran dengannya.

Mengikut bagaimana kebenaran yang diserahkan oleh penulis dari Australia, Bentara bagi Perkara Luar, Mr. Latham, sekarang berjalan membawa utusan bagi kebajikan dari Sydney, kepada seluruh gugusan pulau-pulau Belanda Timur ((Netherland India)), Malaya, Cina dan Jepun. Tujuan yang sebenarnya bagi lawatan ini ialah hendak membetulkan perkara-perkara yang tersalah dan yang tertinggal berkenaan dengan perniagaan Australian Commonwealth dengan negeri yang berdekatan dengannya. Tuan Yang Terutama ini berharap benar yang tujuan ini akan beroleh jadi dan juga pertalian negeri-negeri ini akan bersemangat dan berfaedah di belakang hari.

Melainkan Canada, Amerika Syarikat dan New Zealand, semua negeri-negeri yang berhampiran dengannya tatakala ia mengambil 1/5 daripada hasil-hasil yang keluar dari Australia tetapi terdahulu daripada perang dunia yang lepas negeri-negeri ia cuma mengambil 1/20 daripada hasil-hasil Australia itu dan dagangan yang masuk ke Australia sudah bertambah dua kali ganda daripada dahulu, sampai 1/10 daripada semua hasil masuk.

Dari sebab inilah, maka pergerakan ini dikehendakkan sangat-sangat oleh Australia. Sungguhpun negeri-negeri ini belum berapa makmur atau mewah lagi di dalam hal perniagaan tetapi bagi cadangan untuk berniaga di dalam negeri ini akan bertambah maju dan boleh membawa keuntungan yang besar terutama sekali di sisi Ekonomi Australia dan Jepun tambahan pula pada Zaman Meleset ini segala hasil-hasil Australia yang terhantar keluar negeri sangat bertambah oleh itu daripada Australia tidak ada lagi hendak meninggalkan negeri-negeri ini bermuakafat tentang hal perniagaan. Dengan jalan yang seperti ini, negeri yang tersebut di atas itu akan beruntung sama ada di dalam perniagaan dan di dalam Ekonomi jua.

Adapun pergerakan ini tidak pula bermakna yang Australia akan melemahkan tali perniagaan dengan negeri-negeri takluk British, tetapi pada sebaliknya inilah jalan yang akan memajukan perniagaan dengan negeri-negeri asing dan dengan negeri takluk British kerana segala hal ehwal berkenaan dengan perniagaan ini telah ditetapkan dengan jalan Perjanjian yang digelarkan Imperial Economic Agreement.

Pada kala ini, tiada sangat dikehendaki bagi membesarkan perniagaan ini tetapi jikalau dimenungkan hal keadaan ekonomi di Eropah, terutama sekali di Great Britain tampaklah pengharapan bagi keuntungan akan menimpa ke atas saudagar-saudagar Australia pada masa yang akan datang.

Menurut kebenaran ahli ekonomi Australia adapun dagangan yang tersimpan di dalam Australia akan bertambah pada sedikit masa lagi. Dagangan ini akan dikeluarkan ke lain negeri dengan tujuan beroleh untung yang membawa Australia kaya raya dengan jalan ekonomi.

Pembela kambing biri-biri mengadakan hasil yang pertama sekali di Australia daripada bulu biri-biri. telah ditaksirkan pembela kambinglah yang mengadakan hasil yang terutama sekali daripada hasil-hasil negeri Australia dan keuntungan daripada dagangan ini telah didapati daripada jualan kepada Jepun, siapa pada tatakala ini jadi pembeli atau peraih yang terbesar sekali lain daripada Great Britain. Dengan sebab inilah, maka Mr. Latham mengambil berat di atas perkara ini.

Kajian Jepun di dalam perniagaan dan maupun di sini, ekonomi telah diperhatikan sungguh-sungguhnya di Australia dan dengan jalan ini jua Australia akan beroleh jaya yang berlebih-lebihan kelak.

Dari sebab inilah maka didapati Australia sekarang di dalam makmurnya semenjak tahun 1929. Pergerakan ini bersetuju dengan kemauan pembesar-pembesar Australia siapa yang berhajat hendak menyekat langkahan Jepun dahulu daripada memerintah perniagaan di negeri-negeri di dalam di Lautan Pasifik. Dengan peraturan ini Australia hendak menghargakan segala percakapan saudagar-saudagar Jepun dihadapannya dan Australia mesti memandang Jepun dengan pandangan sahabat. Tidak seperti dahulu dengan pandangan musuh. Suatu pergerakan Australia yang berbahagia berkenaan dengan kemauannya.

Persahabatan yang karib di dalam perniagaan dikehendaki. Di siasat di dalam pergerakan Tariff yakni Cukai, persahabatan yang karib dan perasaan yang baik mesti diadakan dengan Jepun. Oleh itu Jepun mesti menghantar Bentara bagi Am ((Consulate General)) ke Sydney dan Australia pula akan menghantar Menteri Bagi Perkara Luar ke Tokyo. Kerana menunjukkan yang masing-masing bersetuju menjalankan pekerjaan ini.

Kerajinan Australian Commonwealth tidaklah pula ada tujuannya hendak mengikut teladan Canada atau Irish Free State kerana ia menghantar Menteri kepada kerajaan luar itu, seperti di Tokyo walaupun kerana Jepun menunjukkan yang ia menurut seperti tujuan negeri-negeri itu, yakni Canada dan Irish Free State.

Cadangan Mr. Latham melawat ke Jepun dengan utusan itu ialah membawa perkara ini ke hadapan kerajaan Jepun supaya jawatan menteri-menteri itu diakui oleh kerajaan.

Jejak perniagaan yang membawa Jepun berbalah dengan Australia.

Maksud yang terbesar sekali di dalam utusam ini ialah membuat perjanjian di atas perniagaan dan membetulkan jejak balahan perniagaan yang dahulu di antara Jepun dengan Australia. Tegal itu perkara ini akan dilakukan dengan seberapa segeranya oleh Jepun.

Tetapi bancuhan yang sebegini sudah lama adanya di dalam genggaman kerajaan Jepun tatakala cadangan yang serupa ini dikemukakan kepada Australia oleh Tokugawa siapa dia pada masa kini menjadi Menteri Luar di Kanada, demikian jua hal ini sudah dibayang-bayangkan kepada kerajaan Afrika Selatan.

Kedua buah negeri ini, akan hal perniagaan Jepun dengan Australia pada masa ini bolehlah dikatakan maju tetapi Australia syak juga barangkali pada masa yang akan datang Jepun mesti membeli dagangannya -- bulu biri-biri -- dari lain negeri kerana dagangan yang masuk ke negeri Jepun dari Australia ada tiga kali lipat labanya daripada yang dikeluarkan oleh kerajaan Jepun kepada Australia. Tambahan pula sekarang Jepun mengambil 1/2 daripada hasil bulu biri-biri dari Australia dari sebab ini perjanjian mesti diikat dengan segeranya moga-moga segala dagangan daripada Australia seperti lilin dan gandum akan jadi suatu jalan bagi memajukan perniagaan Australia. Inilah kali yang pertama Australia dan Jepun membuat perjanjian berkenaan dengan perniagaan dan jua dengan jalan ini Australia akan menang di dalam pertandingan sebagai perniagaan dengan lain-lain negeri.

Kerajaan Jepun akan menghantar dagangannya seperti kain dan pinggan mangkuk serta perkakas-perkakas daripada gelas. Tetapi oleh sebab terlalu banyak barang-barang yang serupa ini masuk ke Australia, maka didapati ahli-ahli saudagar telah naik takut dan gentar kalau-kalau perkara ini boleh menjadi perselisihan di antara Jepun dengan negeri-negeri di Eropah seperti Great Britain dan France berkenaan dengan dagangan masuk ke Australia. Tetapi diharapi perniagaan ini akan maju juga di dalam Australia sungguhpun Lancashire telah merasa kesusahan tentang berniaga dengan Jepun.

Percampuran Australia dengan lain-lain negeri di Timur berkenaan pula dengan lain-lain negeri di Timur. Utusan itu akan membawa sedikit maksud yang dihajati tetapi tidak diharapi dengan sungguhnya.

Kerana apa?

Ialah sebab negeri itu belum masuk ke dalam kandungan perniagaan dengan Australia lagi. Sedikit masa dahulu ada keempatnya yang Australia akan bercampur di dalam perniagaan Timur itu tatakala ia menggalang lain-lain negeri berniaga dengan negeri-negeri yang di Selatan Khatulistiwa, yakni daripada jalan ini juga telah terbit tujuan Australia hendak memerintah perniagaan di Lautan Pasifik serta bercampur dalam segala hal ehwal berkenaan dengan perniagaan sama negeri-negeri yang berdekatan dengan dia. Dan tujuan Australia yang molek ini telah dibawa ke dalam rundingan saudagar-saudagar dunia yang digelar Pacific Relations Conference yang diperbuat di Canada itu pada tahun yang lepas dari mana Australia menerima kebenaran untuk berniaga di negeri-negeri di dalam Lautan Pasifik.

Dagangan boleh masuk dengan senangnya.

Akan sekarang Jepun telah mendapat barang-barang dagangannya masuk ke pulau-pulau Timur. Cina dan Melayu dengan senangnya tetapi Australia mesti menanti peluang yang baik bila ia boleh dapat pembeli dagangannya di negeri-negeri Timur itu di mana dagangannya sangat-sangat dikehendaki. Oleh itu, segala saudagar-saudagar di Australia yang akan menghantar barang-barangnya ke lain negeri mesti memandang ke hadapan di atas perkara-perkara yang disebutkan di atas itu. Mudah-mudahan tali perniagaan menjadi teguh dengan negeri-negeri Timur itu.

Dalil yang besar telah menunjukkan yang perniagaan sebegini boleh jalan terus kepada kemajuan, kerana sedikit masa dahulu, terdahulu daripada Zaman Meleset ini, India Timur Belanda telah membeli dagangan dari Australia dengan harga lebih daripada 2,000,000 -- dua juta paun -- terutama sekali dagangan ini daripada gandum, mentega dan susu. Pulau-Pulau India ini jua akan menghantar ke Australia barang-barang yang terjali di negeri-negeri itu.

Daging dan tepung boleh dibeli oleh Malaya dan Cina telah menjadi pembeli gandumnya yang kedua besarnya ((Second Largest)) dari tahun 1932 sampai tahun 1933. Sungguhpun harga gandum itu telah merasa turun dan naiknya tetapi pada masa yang ke hadapan dagangan ini akan bertambah majunya lagi.

Cadangan hendak mengadakan Jawatankuasa dalam perniagaan.

Cadangan hendak melantik Jawatankuasa yang memegang anak kunci perniagaan di lain negeri dikehendaki sangat. Seluruh Tanah Timur seperti pulau-pulau India Timur Belanda, Cina dan Malaya telah diperiksa dan disiasat oleh kerajaan Australia dengan cita-cita hendak mengadakan jawatankuasa bagi perniagaan atau Trade Commissioners yang akan dihantar ke Betawi, Shanghai, dan Singapura. Tetapi pada masa ini Australia ada sedikit bimbang hendak melakukan perkara ini dengan segeranya kerana diketahuinya perniagaan saudagar-saudagar Amerika di Timur ini tidak berapa majunya. Oleh yang demikian, saudagar Australia mesti mengadakan ahli-ahli perniagaan yang pintar bagi menjalankan perniagaan ini.

Adapun utusan yang demikian ini akan membawa Australia kepada jalan perniagaan yang pertama sekali diadakan oleh Australia dengan negeri-negeri Timur dan dengan jalan ini jua dagangan daripada tiap-tiap negeri di Timur boleh tukar-menukar antara satu negeri dengan lain serta pula tujuan ini akan memberi faedah yang bertambah-tambah pada negeri-negeri yang berhampiran dengannya.