Majalah Guru extract
bibliographical notes on Majalah Guru
index of Majalah Guru extracts
    • locate in index of extracts taken from Majalah Guru

 

Majalah Guru, Sep 1934, p.357-358

General Article.

Tuan Haji Said bin Haji Abdul Rahman.

Tiap-tiap orang yang bekerja dengan kerajaan dan tiada apa kesalahan hingga akhir kerjanya ia akan bersara. Maka Tuan Haji Said ini pun seorang daripada guru-guru Melayu yang telah bersara juga. Ia diperanakkan pada tahun 1886, mengaji di sekolah Melayu Setapak Kuala Lumpur di bawah latihan Encik Guru Tuan Haji Muhammad bin Muhammad Amin ISM ((Imperial Service Medal)) Setapak.

Pada tahun 1902 hingga 1903 masuk belajar ke Kolej Melaka. Tahun 1904 menjadi Guru Besar di Ulu Kelang. Pada 1.1.1909 bertukar ke Sekolah Cheras, kemudian pada 10.4.1917, bertukar ke Kampung Baru Kuala Lumpur. Mengajar di situ sangat lama hingga 1.4.1929. ((Di situlah juga ia dapat Kelas Satu)) pada 1.10.1930 bertukar pula ia ke Sungai Banji, Kelang, hingga bersara pada 30.6.1932.

Riwayat kehidupan ia seorang guru yang mula dalam Selangor yang tekun bekerja barang di mana sekolah yang dipegangnya selalu di dalam pujian baik. Dan ialah seorang daripada guru-guru Melayu dalam Selangor yang terpandai tentang menyukat perbelanjaan daripada gajinya ia tidak pernah sesak teradu-teradu minta tolong pada orang lain yang mana diakhirnya sekarang ia ini seorang daripada guru-guru Melayu di Selangor yang terkaya ((berduit banyak)) iaitu manakala dibandingkan dengan guru-guru yang sama-sama bersara dengannya selalu sesak dan bangsat.

Encik Guru ini telah mendirikan rumahnya dengan cukup besar dan terhias dengan tanaman-tanaman bunga yang cantik di Jalan Setapak Batu 9, ia telah diangkat oleh orang kampung di Setapak Batu 5, menjadi ketua mengusahakan berbagai-bagai hal kampung. Satu daripada jasanya ia telah hasil mendirikan sebuah masjid yang besar di kampung itu dengan tadbirnya mengusahakan bersama-sama dengan Penghulu dan Ketua-Ketua di Setapak. Sekarang ialah guru yang senang-lenang menerima wang saranya dan senang hatinya mengenang-ngenangkan wangnya banyak tersimpan.

Dalam majalah ini ada dimasukkan gambar: gambar rumahnya yang hebat dan masjid yang diusahakannya itu.