Majalah Guru extract
bibliographical notes on Majalah Guru
index of Majalah Guru extracts
    • locate in index of extracts taken from Majalah Guru

 

Majalah Guru, Feb 1935, p.73-75

General Article.

Idam-Idaman Melayu: Terjemahan dari Warta Malaya.

Ucapan yang telah diadakan oleh Ketua-Ketua dan Raja-Raja Kerajaan Perak kepada Tuan-Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Besar di Kuala Lumpur pada 14 Januari dan jawapan Sir Shenton Thomas itu mengandungi banyak perkara yang patut dan layak bagi rundingan.

Marilah kita, dari mula-mulanya menambahkan pengakuan-pengakuan kita iaitu tidak ada bangsa di dalam Commonwealth British yang kepadanya taat setia orang-orang Melayu kepada Yang Maha Mulia King itu, berpangkat nombor dua dan tidak ada tempat-tempat di dalam Tanah Melayu yang faedah-faedah dikurniakan oleh kerajaan yang memberi perlindungan itu digemari dengan lebih dalam dan lebih berasa terhutang budi.

Suka cita kita iaitu orang-orang Melayu Perak telah sekali lagi meletakkan idam-idaman mereka dihadapan wakil Yang Maha Mulia King, kerana kita berfikiran iaitu menjadi suatu alamat yang ternyata iaitu Melayu moden itu menyedari iaitu masa kampung yang lama dan memberi kesatuan itu sudah habis selama-lamanya dan iaitu mesti mengambil bahagiannya yang sepenuh di dalam Tanah Melayu baru ini.

Pada mengucapkan terhutang budi kepada Britain maka ucapan itu telah membuat sebutan yang khas tentang jawatan urusan Melayu yang terbuka hanya kepada orang-orang Melayu dan yang daripadanya orang yang berkelayakan membuat demikian naik ke pangkat jawatan tadbir Melayu di mana beberapa pangkat yang lebih tinggi itu terbuka kepada orang-orang Melayu.

Jawatan urusan itu sudah pun menerbitkan beberapa banyak orang pegawai yang baik dan di antaranya ada setengah-setengah orang yang menunjukkan alamat-alamat yang baik pada hari ini. Tetapi ada penegur-penegur dan kita berasa menjadi hanyalah patut menguatkan kepada orang-orang yang barangkali membandingkan pegawai-pegawai Melayu dengan pandangan tiada baik dengan orang-orang Eropah di dalam jawatan itu, iaitu sedikit sahaja orang-orang Melayu yang mendapat pelajaran yang tinggi seperti kebanyakan pegawai Eropah.

Oleh hal yang demikian, kita sendiri pun telah hairan iaitu pegawai-pegawai Tanah Melayu telah melakukan pekerjaan mereka dengan begitu baik. Seorang pegawai Eropah itu mesti mendapat pelajaran sekolah besar dan orang-orang India yang melayakkan diri mereka kerana jawatan tadbir negeri India di India itu dihantar ke England bagi sekurang-kurangnya dua tahun di sebuah sekolah besar Inggeris di mana selain daripada mempelajari undang-undang dan suatu bahasa India selain daripada bahasanya sendiri, mereka mendapat kelulusan fikiran yang sama sekali tidak boleh diperolehi di dalam negeri mereka sendiri. Suatu latihan yang serupa ini bagi orang-orang Melayu yang dipilih kerana jawatan urusan itu kita berasa yakin akan menerbitkan seorang pegawai daripada jenis yang baik sekali.

Orang-orang Melayu yang muda daripada puak perintahan sehingga ini telah menumpukan perhatian mereka hampir-hampir kesemuanya kepada jawatan urusan dan kita gemar melihat sebagai yang kita sendiri telah meminta-mintanya dengan berulang-ulang, iaitu ucapan di Kuala Kangsar itu menyebutkan lain-lain cawangan daripada jawatan-jawatan kerajaan menjadi suatu lorong bagi pemuda-pemuda Melayu daripada puak-puak yang berpangkat manakala kita mempunyai timbang rasa besar sekali dengan idaman-idaman yang sememang bagi orang-orang Melayu kerana tanggungan-tanggungan yang lebih banyak di dalam negeri mereka sendiri.

Kita telah selalunya tiada bersetuju sebarang syor tentang "kemajuan" oleh kerana kita berfikir dengan sungguhnya sebarang muslihat yang demikian itu kelak akhirnya menjadi sangatlah tiada baik bagi orang-orang Melayu.

Dengan demikian kita tiada berfikir iaitu menubuhkan tempat yang khas kerana orang-orang Melayu di dalam lain-lain cawangan daripada jawatan kerajaan itu akan membuat sesuatu melainklan suatu jasa yang tidak baik kerana muslihat orang-orang Melayu.

Kerana yang demikian itu akan membawa syor iaitu orang-orang Melayu tiada berupaya masuk ke dalam jawatan-jawatan apabila berlawan dengan lain-lain orang dan ini kita sama sekali enggan hendak percayakan.

Orang Melayu kita bersetuju dengan sungguhnya mestilah diberi peluang yang sama rata dan kita berharap iaitu Sir Shenton akan menimbangkan dengan beratnya tentang menawarkan kepada orang-orang Melayu sebarang latihan yang khas yang mereka harus berkehendakan kerana pejabat-pejabat ketukangan. Kemudian dengan syarat seorang Melayu boleh menunjukkan ((sebagai Yang Maha Mulia Sultan Perak berkuat-berkuat berkehendakan yang ia mesti)) iaitu ia berupaya dan berkelayakan.

Maka tidaklah ada sebab yang kita boleh nampak mengapa ia tiada patut mendaki ke tempat-tempat yang sama tinggi dengan sebarang pegawai Eropah.

Kita hendak memberi pemandangan jika di atas pimpinan-pimpinan Melayu tentang mustahaknya mengakukan hal iaitu jawatan kerajaan itu bukannya sahaja jalan mencari kerja. Pekerjaan-pekerjaan sendiri itu menawarkan banyak lapangan bagi orang-orang Melayu muda yang berupaya dan kita percaya jasa yang besar sekali kepada kaum bangsa mereka -- suatu jasa yang lain bangsa tidak boleh melakukan dengan begitu baik -- dapat dilakukan oleh doktor-doktor Melayu laki-laki dan perempuan.

Tidak ada orang yang lebih berkehendak melihat orang-orang Melayu itu di dalam jawatan kerajaan daripada kita sendiri, dan kita ketahui iaitu pihak perintahan memegang fikiran yang sedemikian juga. Tetapi, dan kita bercakap sebagai seorang sahabat yang lama dan ikhlas bagi orang-orang Melayu, pemuda-pemuda Melayu mestilah menunjukkan dengan terangnya upayanya bagi memegang jawatan-jawatan di dalam pejabat-pejabat ketua kewangan dan yang lain-lain. Manakala pemuda-pemuda Melayu telah melakukan yang demikian itu, maka pihak perintahan British mestilah melakukan sedaya upayanya bagi menggalakkan pegawai-pegawai Melayu melayakkan diri mereka kerana jawatan-jawatan yang tinggi sekali di dalam jawatan-jawatan itu belum lagi kita berasa yakin yang mereka itu tidak memperbuat demikian dengan sebarang jalan penyudahan.

Tidaklah ada apa-apa yang kita boleh mengakukan dengan lebih ikhlasnya daripada nasihat Sir Shenton iaitu orang-orang Melayu hendaklah jangan meninggalkan sifat-sifat kebangsaan mereka dan pakaian kebangsaan mereka yang elok itu.

Ada banyak perkara yang tamadun Barat boleh menawarkan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang Asiatik umumnya, tetapi mengikut turut sahaja bagi segala jalan-jalan kebaratan itu boleh berkesudahan hanya dengan tiruan yang buruk daripada orang-orang Barat.

Pekerjaan kerajaan yang memberi perlindungan itu mestilah menerbitkan orang-orang Melayu yang baik dengan mengutukan apa-apa yang elok di dalam sifat Melayu itu dengan sifat gemala British yang baik sekali.

Sekiranya Britain membuat yang demikian, maka tidaklah boleh ia tiada berjaya di dalam kewajipannya kepada orang-orang Melayu.

Times of Malaya.