![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Majalah Guru, Jan 1935, p.27-30
General Article.
Majalah Guru.
Keluaran Majalah Guru sekali ini menjadikan satu haribulan besar kepada roh Majalah Guru -- kerana apa? Ialah di dalam keluaran ini bertemu dengan tiga jenis hari kesukaan yang tiada boleh dilupai sekali bagi hidup Majalah Guru.
Pertama hari Majalah Guru mengucapkan Selamat Hari Raya itu. Dalam mana tarikh keluaran Majalah Guru kali ini tidak lupa memberi Selamat Hari Raya Krismas itu kepada Kerajaan British yang telah menaungi negeri kita dengan baik dan telah memelihara takluknya dengan pemerhatian yang sangat adil lagi saksama seperti apa yang ada pada hari ini.
Allah selamatkan kerajaan yang menaungi kita!
Yang kedua: Majalah Guru mengucapkan Selamat Hari Hidupnya; iaitu pada keluaran ini Majalah Guru telah meninggalkan tahun 1934 dan masuk melangkah di garisan tahun 1935. Maka pada keluaran ini juga Majalah Guru sempat berumur di tahun yang kedua belas dari mula-mula terbitnya di Seremban lagi hingga pindah ke Kuala Lumpur. Hidupnya Majalah Guru ini yang seperti itu patut rasanya kita bermegah-megah iaitu Majalah Gurulah sebuah majalah yang tertawa sekali hidupnya di dalam Semenanjung Tanah Melayu ini serta masih berjalan dengan tenaganya yang kuat dan bersemangat berani. Sekalian itu tidak lain ialah mendendakan Majalah Guru ini dikasihi oleh orang ramai serta disokong oleh penulis-penulisnya dan pembantu-pembantunya yang khas.
Majalah Guru sangat-sangat berhutang budi kepada-kepada penulis yang tetap mengisi majalah ini dengan rencananya yang berharga semenjak dari mula-mula terbitnya di Seremban lagi hingga pindah ke Kuala Lumpur. Hidupnya Majalah Guru ini yang seperti itu patut rasanya kita bermegah-megah iaitu Majalah Gurulah sebuah majalah yang tertawa sekali hidupnya di dalam Semenanjung Tanah Melayu ini serta masih berjalan dengan tenaganya yang kuat dan bersemangat berani, sekalian itu tidak lain ialah mendendakan Majalah Guru ini dikasihi oleh orang ramai serta disokong oleh penulis-penulisnya dan pembantu-pembantunya yang khas.
Majalah Guru sangat-sangat berhutang budi kepada-kepada penulis-penulis yang tetap mengisi majalah ini dengan rencana-rencana yang berharga semenjak dari mula-mula terbitnya dahulu hingga masa ini, yang mana pula kita tidak alpakan budi tuan-tuan penulis yang telah membantu sekali-kali dengan karangan yang bersemangat baik itu.
Bukan sahaja pada penulis-penulis tetapi juga kepada segala pengirim-pengirim gambar yang telah mengirimkan kepada kita itu sama ada kita memasukkan atau tidak sekalian itu menandakan budi Tuan telah ada kepada Majalah Guru. Pendeknya ucapan terima kasih banyak-banyak Majalah Guru ucapkan!
Selain dari itu, Majalah Guru ucapkan selamat berbahagia kepada segala langganan-langganan dan wakil-wakil yang setia istimewa pula kepada segala persekutuan yang sama-sama mendidiki Majalah Guru tentang ini tentulah Majalah Guru seolah-olah berhutang nyawa diharap akan lanjut lagi umurnya.
Yang ketiga, mengucapkan Selamat Hari Raya Puasa kepada sekalian umat Islam di dalam dunia ini kerana hari itulah yang tak boleh kita lupakan akan segala hal kita yang berlaku ditahan yang lalu dan akan sampai pula tahun yang di muka.
Maka di dalam pekerjaan hidup kita sama ada bekerja sendiri atau bekerja dengan kerajaan dalam selama setahun itulah yang patut kita ulang-ulangi selalu dan harus diperbaiki tahun yang akan datang. Kita tahu di dalam tujuan kita bekerja itu tidak lain lagi semata-mata kita hendak bekerja dan bergerak dengan perlahan-perlahan di dalam sebarang hal kemaraan orang Melayu dan menyegerakan semangat orang Melayu. Kita tidak boleh lupakan akan soal yang penting sekali digerakkan oleh anak-anak Melayu masa yang sudah tentang berniaga. Iklan-iklan dan rencana-rencana yang berharga dan sudah pula diperbuat oleh anak Melayu pada masa ini ialah tentang membuka kedai-kedai syarikat. Hal maju atau tidaknya boleh dilihat di dalam beberapa perkhabaran surat-surat khabar kita orang Melayu sebagai Majlis -- Saudara -- Bumiputera -- Warta Malaya -- dan lain-lain lagi.
Yang kita tahu sahaja sekarang ini di dalam Selangor ((lain di Perak dan negeri-negeri lain)) tiap-tiap pekan yang besar seperti Kuala Lumpur, Kajang, Kelang dan tempat-tempat lain beberapa buah kedai sudah dibuka oleh orang Melayu dengan berkongsi yang mana kedai itu kita lihat maju dan kuat perjalanannya.
Sekalian itu kita mengerti tidak lain hati orang Melayu itu keras dan akan melawan beberapa puak bangsa-bangsa asing yang membuka kedai di kampung itu.
Yang kita berasa suka sangat tiap-tiap kedai yang dibuka itu berusaha berjalan merata kampung menghantar barang-barang kepada segala pembeli, dan kita telah jumpai beberapa buah kedai bangsa asing itu telah rebah dan yang hidup itu pun telah berdiri kaki sebelah tidak tegap; barangkali satu masa akan tumbang sekali tolak sahaja. Dalil-dalil ini membawa kepercayaan kuat hati kita. Begitulah juga undur majunya kedai-kedai syarikat orang Melayu itu di serata-rata negeri Tanah Melayu ini akan beransur-ansur.
Di Pahang, baru-baru ini ada cadangan dan akan dibuat mengadakan kilang berasa untuk orang-orang Melayu di sana. Maka ini menandakan orang-orang Pahang akan bekerja keras bertanam padi akan menyelenggara negerinya. Sebagai di Perak, dan di Kedah, yang telah ada beberapa lama itu ialah menjadikan contoh kepada negeri yang masih lambat dan masih belum mengadakan sawah padi yang luas seperti itu.
Maka tentang perusahaan kelapa kering yang di Kuala Selangor yang sudah berjalan selama dua tahun dan elok pekerjaan orang Melayu di sana itu masih ingat dan tidak lupa kepada orang Melayu Raya.
Maka sekalian perusahaan dan harapan-harapan yang tinggi dan sudah disebutkan itu ada satu yang menjadikan bimbang hati kita iaitu manakala kita perhatikan harga getah telah naik sedikit dalam mana anak-anak muda yang sedang menjadikan kerja-kerja lain sudah mula beransur-ansur lari ke penggal getah ((menoreh)) hal-hal ini telah menjadikan beberapa buah pekan mingguan yang ramai masa dahulu itu telah beransur-ansur lengang oleh anak-anak mudanya yang menjadi ahli jual beli telah lesap hilang ke pohon getah. Peon-Peon pejabat kuli kerajaan ((Melayu)) dengan gaji yang sederhana dan yang direbut-rebutkannya tempoh hari itu sekarang kebanyakan sudah jatuh ((lari)) balik ke kampung mengharapkan kupon getahnya yang ada sepinggul dua itu; pada hal mereka lupa akan mata pencarian yang di pekan dan yang ditinggalkannya telah diisi oleh bangsa lain apa hal kalau getah akan jatuh balik kelak?
Dari situ tempat oleh mata bangsa asing anak-anak Melayu itu sebagai pucuk kayu tidak tetap dan seperti bangsa-bangsa asing yang sayangkan kerja dan payah meninggalkan tempat duduknya ((kerusi)) walau ribut kesenangan di tempat lain akan sembuh sekali pun.
Maka sekaliannya terpulang kepada anak-anak Melayu. Ubatnya supaya balik anak-anak Melayu bekerja seperti bangsa-bangsa asing itu elok harga getah itu jatuh balik dan jangan naik-naik lagi!
Hal tahun yang sudah-sudah harus jadi sebut-sebutan yang buruknya jadikan sempadan dan yang baiknya jadikan tauladan.
Maka oleh itu bagi tahun yang akan tiba ((lepas Hari Raya Puasa)) wajiblah kita ingat-ingat benar akan hal peruntungan anak Melayu kita yang salah itu baiki lekas. Bekerja dengan sedia-sedianya walaupun kerja sekalipun tetap dan teguh itu sangat dikehendaki jangan didengarkan kesenangan di tempat-tempat lain kerana sekaliannya itu mengenai seperti perumpamaan Melayu: yang dikejar tidak dapat yang dikendung habis berciciran.
Oleh itu kita anak Melayu patut yang cepat kaki ringan tangan. Jika ada satu peluang yang terbuka di dalam hal bekerja dalam Tanah Melayu tak kita apa-apa sahaja mau pun berniaga berkedai kecil berkuli menjadi kerani menjadi guru menjadi drebar, menjadi peon dan sebagainya -- tangkap dengan lekas peluang-peluang itu. Manakala terpegang jangan lepas-lepaskan lagi biarkan lekat kuku di situ.
Pendeknya yang jadi ahli berniaga jalankanlah tenaga dengan seberapa daya upaya, yang berkuli perahlah peluh itu hingga meleleh ke dagu, yang bekerja dengan kerajaan ((pegawai)) tunjukkanlah usaha supaya layak menggantikan kerusi-kerusi bangsa asing itu. Tukang guntung, tukang dobi, wajib dibanyakkan lagi daripada apa yang ada sekarang, baiki aturannnya seperti kedai-kedai bangsa asing.
Di tahun yang akan datang diharap dapat mengira-ngira buah kefaedahan orang Melayu itu lebih banyak daripada apa yang jadi di tahun lalu.
Di akhirnya maka oleh sebab tiga jenis Selamat Majalah Guru telah mengucapkan kepada sekalian guru-guru dan pembaca-pembaca. Maka kali ini Majalah Guru ada mengeluarkan special gambar-gambar anggota-anggota Majalah Guru dan disertai gambar-gambar orang-orang yang masyhur di Tanah Melayu ini, termasuk Kalender Tahun 1935.
Yang akan datang Majalah Guru barangkali payah kedapatan sampai tiga waktu hari yang patut dibesarkan seperti tahun ini. Penyudahan Majalah Guru didoakan Allah Selamatkan Sultan-Sultan dan Negeri-Negeri!
top |