![]() |
||||||||||||
malay concordance project | ||||||||||||
home | about | papers | blogs | searching | texts | direct search | ||||||
Majalah Guru, Mar 1935, p.115
Feature Article.
Faedah Mempunyai Pelajaran.
Adapun akan faedah mempunyai pelajaran itu sememang sudah diketahui oleh kaum kita, orang-orang yang ada biasa menggunakan pelajarannya dengan fikirannya boleh jadi dapat mencapai pekerjaan-pekerjaan seumpama kerani-kerani, guru-guru, atau peon-peon, yang boleh menaiki pangkat mereka kepada darjah yang tinggi: tetapi apa kan daya, sebab ramai di antara kita tiada biasa mengecam dan menggunakan pelajaran dan fikirannya berkatalah ia "sudah nasib saya!" Beginilah perkataan yang selalu terdengar pada ruangan bagi kaum kita Melayu. Pada hal yang dirinya itu tak sedar -- bagaimanakah jalan menghilang segala perkara-perkara yang tersebut?
Maka mahulah ajaran dan usaha belajar dan berfikir serta mengecamkan sesuatu yang jadi di keliling kita sekiranya masih orang-orang Melayu berdiam diri, hanya mengirakan selera dan perut masing-masing pada tiap-tiap bulan itu, serta diam melihat nasib anak-anak Melayu raya yang telah terpendap itu, demikianlah boleh kita menuntut hak kepunyaan Melayu yang sudah ditangani oleh bangsa asing? Sebagai yang kita lihat dihari ini.
Ditakdirkan Melayu raya sudah menghargakan mutu bangsanya dapatlah ia berusaha menjalankan akal ikhtiarnya kepada jalan yang boleh membawa kepada kesempurnaan.
top |