Jawi Peranakan extract
bibliographical notes on Editorials in Malay Newspapers
index of Editorials in Malay Newspapers extracts
    • locate in index of extracts taken from Editorials in Malay Newspapers

 

Jawi Peranakan, 11 Jul 1887

Editorial.

Kemudian daripada Jubli itu telah keluarlah suatu akhbar Keling bernama Shengkai Nesan daripada Kampung Penghulu Kesang oleh nombornya bertarikh empat haribulan Julai 1887.

Ada pun akhbar Keling ini nampaknya terlalu molek dengan gaya penuh dengan khabar yang indah2 akan menjadi besar faedah kepada sekalian orang2 Islam Keling dan Hindu dan lagi membawa ramai di dalam Singapura kerana ada akhbar Inggeris Melayu Cina dan Keling.

Harap kita tuan editornya itu menjalankan menurut undang2 akhbar dan selamatkan akhbar selama2nya jangan menjadi seperti dahulu2 sudah tiga empat akhbar Keling yang demikian ini telah menjadi lemah sebab tiada cukup belanjanya.

Maka akhbar Shengkai Nesan ini harap berdiri tetap selama2nya kerana ia keluar menumpang tuah jubli itu adanya.