Lengkongan Bulan extract
bibliographical notes on Editorials in Malay Newspapers
index of Editorials in Malay Newspapers extracts
    • locate in index of extracts taken from Editorials in Malay Newspapers

 

Lengkongan Bulan, 14 May 1900

Editorial.

Masha' Allah-nafsu itu jika dituruti tentulah lesu akhirnya sesal badan pun lesu maka bukanlah kita hendak mensyarahkan tafsir yang dalam itu di sini kerana bukan hajat kita yang demikian sekadarkan dibimbit bersama2 supaya tiada sangat lagi kita dengan kesukaan yang dikatakan seronok itu maka oleh yang demikian patutlah kita perikan sedikit hal permainan yang tersebut di atas ini jika cemus sekali pun mutala`ah yang di dalam negeri mendengarnya biarlah pembaca yang berasing negeri mengetahui bersama ya`ani jika tiada dilihat dengan mata terdapatlah gerangan L.B. uliti dengan halua telinga iaitu temasya yang terjadi di watan kita ...... "benarlah bagi kata arif ada pun seronok ramai temasya kesukaan itu tiadalah jemu kepada manusia jikalau beberapa kepayahan yang akan datang kepadanya sekali pun ditahani jua lamun boleh berhadapan dengan seronok itu." Maka adalah pada hari Isnin 7 Mei hari Arba` 9 Mei-Juma`at 11 Mei dan Isnin hari ini 14 Mei 1900 perarakan Cingge itu telah diarak rata2 jalan berkeliling bandar kita maka jalan yang dilaluinya tiadalah kita sebutkan ...... Amboi molek sungguh perarakan Cingge sekali ini kerana tiadalah pernah diadakan perarakan yang demikian besar di Pulau Pinang terlebih dahulu oleh kaum Majusi yang terma`alum itu maka perarakan itu diaturkan berbaris ya`ani satu di belakang satu maka dimulai berjalan daripada tokong ((to´ pekong)) dibesar yang dijalan Pitt Street itu ialah kerana menghormati agaknya daripada berhala yang disembah di situ kemudian baharu berjalan berkeliling negeri ......

Ceh silulah pula L.N. daripada menuturkan perkara yang sia2 itu kerana mutala`ah yang cermat tadi telah menilik dia jikalau bagitu patutlah dikhabarinya siapakah yang mengadakan Cingge yang cemerlang umpama bakawali thani itu? Maka di sini terpaksalah L.B. menjawab dengan berkata: - Ada pun nyonya ((perawan)) yang molek di atas perusung yang terma`alum itu daripada peranakan bandar kita disewa oleh kaptan Akoi kepada ibu bapanya $1,300 kerana empat hari diusung berkeliling negeri demikianlah jua nyonya2 yang lain pun disewa belaka tetapi tiadalah bagitu mahal. ...

Fal-mukhtasar maka di dalam seronok yang demikian ramai ini tiadalah kita ketahui berapakah ((pedosaannya)) yang akan diperoleh kerana kita dengar di dalam beribu orang yang datang melihat itu entah berapa banyakkah piangak yang sentiasa mencari mangsanya entah pun beberapa talakah yang telah pecah dan beberapa petikah yang telah masuk ke hutan wa'llahu a`lam.

Maka tentang sungutan penat dan rugi dengan sebab hendak melihat temasya ini adalah sentiasa kita dengar sepanjang jalan sahaja dan beberapa pula daripada orang2 dan perempuan2 yang telah sesat daripada kawannya oleh berempuh2an dengan manusia maka sekalian kesusahan dan tipu syaitan ini tiadalah mereka sangat khuatirkan kerana dilalaikan dengan kesukaan temasya ini akan tetapi tiadalah jauh lagi bagi orang yang melebihi2 di atas barang suatu pekerjaan itu daripada kedukaan dan sesal maka oleh yang demikian patutlah dituruti bagi kita Junjungan kita itu "Sebaik2 pekerjaan itu pertengahan" bahkan benar.