Utusan Melayu (Warta Free Press) extract
bibliographical notes on Editorials in Malay Newspapers
index of Editorials in Malay Newspapers extracts
    • locate in index of extracts taken from Editorials in Malay Newspapers

 

Utusan Melayu (Warta Free Press), 16 Nov 1907

Editorial.

Di dalam meshuarat kerajaan Straits Settlements Tuan Hotenbeek ((ahli meshuarat bagi Pulau Pinang)) telah menasihatkan bahawa patutlah Negeri2 Persekutuan Tanah Melayu itu disatukan dengan Straits Settlement. Nampaknya, pada fikiran tuan ini jikalau diadakan sama undang2 bagi ke-dua2 tempat itu sama cukai sama kerajaan dan sama pegawai lebih berfaedah kepada perniagaan dan ra`ayat negeri. Maka engganlah kita daripada bersetuju dengan fikiran tuan itu oleh sebab hanyalah satu atau dua cawangan kerajaan itu yang serupa atau sama iaitu seperti perjabatan sekolah2 dan hutan dan lagi tidaklah pula jadi keuntungan kepada negeri2 Tanah Melayu itu jika disatukan ke semua perjabatan itu.

Sebagai lagi tidakkah boleh dilupakan bahawa kerajaan Inggeris telah memperbuat perjanjian ((treaty)) dengan raja2 negeri2 ini dan betapakah boleh dipecat perjanjian itu istimewa seperti Johor yang mempunyai aturannya sendiri dan diperintah oleh orang Melayu bagi pihak orang2 Melayu.

Darihal Melaka dan Seberang Perai akhbar yang bernama "Malay Mail" yang di Kuala Lumpur itu menyatakan patutlah disatukan dengan negeri2 tanah Melayu dengan diadakan satu aturan kerajaan supaya boleh memasukkan Johor bersama2nya.

Ada pun Yang Maha Mulia Sultan Johor itu bukannya seorang raja yang tidak bijak dan barangkali ia telah cukup mengetahui akan keadaan sultan2 yang di dalam Persekutuan Tanah Melayu itu. Percayalah kita yang dia telah mengetahui yang raja muda itu iaitu bakal Sultan Selangor ada diam di dalam sebuah rumah yang sama keadaannya seperti rumah2 yang diduduki oleh pegawai2 Inggeris yang baharu bekerja dengan kerajaan dalam enam tujuh tahun.

Pada hal sepatutnya iaitu dapat sebuah rumah yang sama seperti rumah yang diduduki oleh tuan Residen dan mendapat perkakas rumahnya tukang kebun kereta kuda dan motokar. Pada masa ini adalah iaitu diam di Kuala Lumpur tetapi hampir2 tiada sesiapa pun yang mengetahuinya.

Pada perasaan kita hal yang demikian itu tersangatlah salahnya sungguh pun sememang tabi`at orang2 Melayu tiada suka hendak membuat bising tetapi oleh sebab telah kita ambil kuasa memerintah dan hasil raja2 itu tidakkah sepatutnya kita jaga dan angkat keadaannya dan ditolong masing2 itu pada menjaga dan menyimpan kehormatan dirinya yang layak dan berpatutan dengan ada bangsanya.