Idaran Zaman extract
bibliographical notes on Editorials in Malay Newspapers
index of Editorials in Malay Newspapers extracts
    • locate in index of extracts taken from Editorials in Malay Newspapers

 

Idaran Zaman, 11 Sep 1926

Editorial.

Persatuan Melayu.

Dalam Idaran Zaman beberapa hari dahulu kami telah muatkan suatu rencana daripada penulis kita di Singapura bertanda "Pemuda Melayu" ialah berkenaan dengan perdirian Persekutuan Melayu dalam Singapura itu. Sesungguhnya tiap2 orang Melayu tentulah berbesar hati ia mendengar warta itu serta menerima seruan tuan penulis yang tersebut terutama kaum bangsa kita, jajahan Semenanjung ini kerana tiada syak lagi, bahawa sanya itulah suatu idaman bangsa Melayu bagi menyokong jalan kemajuan negeri dan kaumnya pada masa yang dikatakan zaman baharu itu.

Tambahan lagi besarlah harapan kita atas kejayaan dengan pimpinan ahli2 jawatan-kuasanya daripada tuan2 ahli pengetahuan kita Melayu di Singapura itu terutama yang berhormat Encik Md. Yunus bin Abdullah ialah seorang daripada anak putera bumi Melayu jati Semenanjung Tanah Melayu ini ((S'pura)) yang telah dikurniai pangkat jawatan oleh pihak kerajaan Negeri Selat ini menjadi ahli majlis Legislative Council di Singapura itu. Apabila kita tilik kedudukan sebahagian besar daripada kaum kita Melayu pada zaman ini sesungguhnya sangat fardhu baginya akan mendapati kemahuan ikhtiar bersama itu ialah disebabkan beberapa hal yang telah terkebelakang ia daripada kaum2 yang datang menumpang ke negeri ini, terutama di dalam hal kekurangan pelajaran; perusahaan; perniagaan dan lain2.

Betullah juga pihak kerajaan kita sama ada di Negeri2 Selat, Negeri Persekutuan atau negeri2 yang tidak bersekutu di Semenanjung Tanah Melayu ini telah sama melempahkan ikhtiarnya bagi menyediakan beberapa sekolah untuk kefardhuan pelajaran anak2 Melayu itu, akan tetapi bertambah utama dan moleklah ia apabila ikhtiar itu ditambah pula dengan kesatuan anak negeri bagi menambahkan kemahuannya sama ada dengan mendirikan lagi sekolah2 yang berkenaan dengan kefardhuan kaum dan negerinya atau dengan jalan mengirimkan sendiri beberapa pemuda2 keluar negeri bagi melanjutkan pengetahuan dan pelajarannya yang kebajikan itu.

Maka hal inilah gerangan salah suatu tujuan daripada persekutuan yang tersebut yang kita harap patut benarlah menjadi perhatian bagi segenap umat Melayu itu akan menyertai dan menyokong bersama2 supaya sempurna kejayaan kepada yang di cita2.

Maka berbetulan pada masa ini surat Melayu itu cinta akan kemajuan yang boleh dicapai oleh persekutuan bangsanya ya`ani bagi kegunaan bersama itu, maka patutlah ia berlumba2 menyokong akan maksud yang tersebut yang tiada payah lagi akan didirikan tetapi telah ada ia menunggu persetujuan segenap kaum sebangsanya.

Mudah2an kita harap pada segenap penjuru Tanah Semenanjung ini akan terkembanglah cawangan persekutuan Melayu itu bagi pihak jawatan-kuasanya di Singapura itu moleklah jika diadakan suatu perhimpunan ramai dengan menjemput sekalian ketua2 dan wakil2 kumpulan Melayu dari segenap negeri2 di Semenanjung ini bagi mengetahui persetujuannya masing2 guna meluaskan maksud kebajikan itu.

Bertambah moleknya jika perhimpunan ramai itu boleh diadakan di Kuala Lumpur atau pada salah satu tempat yang terletak pada bahagian pertengahan daripada negeri Semenanjung ini supaya memudahkan bagi wakil2 atau utusan2 yang akan datang hadhir kepadanya.

Mudah2an ...