Bahtera extract
bibliographical notes on Editorials in Malay Newspapers
index of Editorials in Malay Newspapers extracts
    • locate in index of extracts taken from Editorials in Malay Newspapers

 

Bahtera, 26 Jan 1932

Editorial.

Straits Echo bandar ini di dalam komentarnya ((pentafsirannya) berkata bahawa ia mendapat khabar bahawa orang2 Ipoh sukacita jikalau sekiranya Yang Teramat Mulia Raja Muda Presiden Council baharu ini Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Berhormat Tuan British Residen tidak bercampur dalam Council itu tujuannya ialah bahawa segala keputusan yang didapati dalam Council diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia untuk mendapat persetujuannya sebagaimana undang2 ...... mestilah diserahkan kepada baginda King buat persetujuannya sebelum dijadikan akan dia undang2.

Berhubung dengan Residen itu, katanya lagi, bahawa menurut teriti pekerjaan pembesar tersebut itu memberi nasihat kepada member dalam State Council. Menurut fikiran ramai bahawa pangkat itu ditukar dengan nama British Adviser atau General Adviser kerana inilah lebih ia dengan Triti di Pangkor itu.

Sekianlah tulisan Straits Eco menerangkan sungutan orang2 di Ipoh sana tetapi adakah terlintas pada fikiran orang2 itu bahawa member2 Melayu yang tidak rasmi yang mewakilkan orang2 Melayu adakah cukup mengetahui akan selok beloknya keadaan orang2 Melayu yang diwakilkannya itu.

Pada fikiran kita inilah yang patut dijadikan satu perbahathan yang panjang lebar jikalau dikehendaki kalimah "Wakil" itu dengan segala erti dan ma`ananya.

Perak mempunyai sembilan district dan apa kata jikalau tiap satu district itu mempunyai seorang wakil dalam State Council kerana orang itu tentulah mengetahui betul akan hal ahwal district yang diwakilkannya.