Bahtera extract
bibliographical notes on Editorials in Malay Newspapers
index of Editorials in Malay Newspapers extracts
    • locate in index of extracts taken from Editorials in Malay Newspapers

 

Bahtera, 16 Aug 1932

Editorial.

Bahasa Melayu Diperluaskan.

Kaum Melayu seumumnya suka jikalau bahasa Melayu, bahasa ibu kandungan bahasa tanah air mereka diperluaskan. Perkara ini sudah banyak diperbincangkan oleh surat2 akhbar kita terutama sekali teman kita "Majlis"-Kuala Lumpur:

Pada fikiran kita perkara ini sepatutnya menjadi perhatian besar kepada sekalian kaum Melayu mulai dari rendah hingga setinggi2nya kerana selain dari negeri ini Negeri Melayu yang sepatut mengutamakan bahasa dan lidah negeri ini bahasa Melayu yang sepatutnya juga suatu bangsa yang terbilang dan teratur juga jadi sepatutnyalah jika dipergunakan bahasa Melayu ini bagai pergunaan am.

Jikalau sekiranya raja2 kita dan orang2 besarnya mengutamakan dan menjadikan perkara ini suatu punca buat perbincangan dengan persetujuan yang berkuasa. Maka tidaklah jauh lagi cita2 kita yang permai itu daripada mendatangkan natijah yang baik.

Negeri Melayu yang masih mengutamakan bahasanya sendiri tidak jauh ketinggalannya daripada negeri2 yang lain dan jikalau lebih teratur lagi bahasa yang dicintai ini tentu tidak ada bezanya negeri2 dengan yang lain itu.