Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 30 Apr 1934, p.10

News Article

Pemberitahu yang Akhir Sekali Kepada Ahli-ahli enggan bekerja Keretapi Mesti Balik Bekerja Pada Pagi ini.

Enggan bekerja orang-orang kerja keretapi di Kuala Lumpur itu disangka akan tamat pada pagi ini. Kemudian daripada dikeluarkan satu Pemberitahu yang akhir sekali kepada orang-orang itu yang mengatakan mereka mesti balik bekerja tidak lewat daripada pukul 7 pagi ini.

Orang-orang kerja itu telah memperhadapkan tuntutan-tuntutan mereka, yang meliputi empat belas perkara. Tetapi tuntutan-tuntutan itu dipandang menjadi terlalu melebihi dan telah diaturkan supaya mereka menghantar sepucuk surat peringatan kepada kerajaan menerusi pengelola am.