Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 14 Apr 1934, p.11

Feature Article.

Ikhtiar Holanda dalam perkara Sekatan Getah dizahirkan Cukai Kiriman Keluar di atas Getah Anak Negeri.

Den Haag, 13 April.

Adalah diketahui dengan berjawatan bahwa Holanda telah mengirim cadangan-cadangan yang berikut kepada pihak British yang berkuasa berkenaan dengan sekatan getah:

Pertamanya, holanda ada bersedia hendak memerintahkan sekatan bagi tiap-tiap seorang di atas kebun-kebun orang-orang Eropah yang sama jua seperti melarangkan menghantar getah keluar melainkan dengan jalan surat-surat akuan kiriman keluar bagi tiap-tiap seorang.

Keduanya, kerajaan Hindia Belanda ada bersedia hendak meletakkan satu cukai kiriman keluar di atas getah anak negeri, di atas cadangan-cadangan ini. Maka kerajaan Holanda berharapkan satu jawapan yang terus dari Britain. Jika sekiranya jawapan itu mempersetujukan maka akan menjadilah mustahak pada mendirikan sebuah pejabat antara bangsa-bangsa yang mewakili sekalian negeri-negeri yang mengeluarkan getah supaya hendak menetapkan satu hitungan peratus di atas sekatan dan mendirikan pejabat kiriman keluaran getah kebangsaan.