Warta Malaya extract
bibliographical notes on Warta Malaya
index of Warta Malaya extracts
    • locate in index of extracts taken from Warta Malaya

 

Warta Malaya, 1 Dec 1931, p.4

Surat Kiriman.

Kemajuan Tergalang.

Kepada Pengarang Warta Malaya,

Tuan,

Di dalam akhbar "Saudara" bilangan 163 yang terbit pada 21.11.31 kata Tuan Pengarang, "Perubahan kaum bangsa Melayu ini bagi masa yang akan datang tergenggam sekarang di dalam tangan sekalian guru-guru sekolah Melayunya alah!" pada fikiran penulis, adalah perubahan kaum bangsa Melayu ini bagi masa yang akan datang tergenggam sekarang di dalam tangan kanak-kanak yang sampai kepada pelajaran Inggeris sekurang-kurang darjah Junior atau lebihnya kerana kanak-kanak itulah dapat menghadapi sebarang pekerjaan kerajaan dan saudagar-saudagar.

Adapun kanak-kanak Melayu yang keluaran sekolah Melayu hanya terhadap kepada guru-guru sekolah Melayu sahaja dikecuali sedikit-sedikit jurutulis Melayu dan jikalau bertambah pelajarannya dengan kitab "Kejatuhan kaum Islam dan Pergerakkan Baru" sekalipun.

Menyiksakan fikiran penulis ini bolehlah dibanding dengan lain-lain negeri yang telah lama bernaung di bawah kerajaan British seperti India dan lain-lain.

Latihan guru-guru Kaum Tua jika dibanding dengan guru-guru yang keluar daripada Kolej Melaka dan Tanjung Malim setali tiga wang jua. Kemajuan orang-orang Melayu yang ada sekarang ialah terbit daripada himpit bangsa yang berdagang ke tanah Melayu ini adanya.

Idris, District Ulu Langat.